MALAYSIA
1,345 projek infrastruktur, penyelenggaraan di Negeri Sembilan babit RM431 juta
Arul Kumar meninjau penurapan jalan baharu di Seremban 2 hari ini. - Gambar Bernama
SEREMBAN: Sebanyak 1,345 projek infrastruktur dan penyelenggaraan dilaksanakan di Negeri Sembilan melibatkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan peruntukan keseluruhan RM431 juta dari 2020 hingga tahun lepas.
Ringkasan AI
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri J. Arul Kumar berkata daripada jumlah itu, Majlis Bandaraya Seremban merekodkan pelaksanaan tertinggi dengan 522 projek dengan kos RM276 juta.
Selain itu, Majlis Perbandaran Port Dickson dengan 242 projek melibatkan kos RM50 juta, Majlis Perbandaran Jempol (214 projek, RM34 juta), Majlis Daerah Kuala Pilah (82 projek, RM14 juta), Majlis Daerah Rembau (105 projek, RM21 juta), Majlis Daerah Tampin (119 projek, RM20 juta) dan Majlis Daerah Jelebu (61 projek, RM16 juta).
"Antara projek itu ialah pembaikan jalan rosak, penyelenggaraan dan naik taraf longkang, penstabilan cerun serta naik taraf kemudahan awam," katanya kepada pemberita selepas meninjau penurapan jalan baharu di Persiaran S2/F Seremban 2 di sini hari ini.
Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayang Nicole Tan.
Arul Kumar berkata kesemua projek itu melibatkan peruntukan antaranya daripada PBT, Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia, kerajaan negeri, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi Negeri.
Beliau berkata peranan PBT sangat penting mengambil kira lebih 70 hingga 80 peratus aduan serta isu rakyat berkait rapat dengan bidang kuasa mereka menjadikan pihak terlibat perlu sentiasa proaktif dalam memastikan aduan dan penambahbaikan dilaksanakan secara berkesan.
Dalam pada itu, beliau berkata kutipan hasil PBT secara keseluruhannya masih belum mencukupi untuk menampung sepenuhnya keperluan kerja infrastruktur.
"Justeru sokongan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan dan negeri amat penting bagi memastikan kelangsungan pelaksanaan projek demi kesejahteraan rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- 1,345 projek infrastruktur dan penyelenggaraan dilaksanakan di Negeri Sembilan melibatkan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan peruntukan RM431 juta dari 2020 hingga tahun lepas.
- Majlis Bandaraya Seremban mencatatkan pelaksanaan tertinggi dengan 522 projek berjumlah RM276 juta, diikuti oleh Majlis Perbandaran Port Dickson, Majlis Perbandaran Jempol, dan lain-lain.
- Peranan PBT sangat penting dalam menangani aduan rakyat serta memastikan pelaksanaan projek infrastruktur berkesan, tetapi sokongan peruntukan dari Kerajaan Persekutuan dan negeri turut diperlukan bagi kesejahteraan rakyat.