awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

135 unit gel ultrabunyi dicemari bakteria selesai dipanggil balik - MDA

Bernama
Bernama
23/10/2024
08:05 MYT
135 unit gel ultrabunyi dicemari bakteria selesai dipanggil balik - MDA
Dr P Muralitharan berkata baki daripada 912 unit yang diedar syarikat MyMedic Innovation Sdn Bhd (MMISB) ke 108 fasiliti kesihatan dengan nombor lot USG402-2306, berjaya dipanggil balik pada 10 Julai lepas. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Baki 135 unit gel ultrabunyi jenama MyMedic bersaiz 5,000 gram yang dipercayai tercemar dengan bakteria Burkholderia cepacia complex (Bcc) selesai dipanggil semula dari fasiliti kesihatan seluruh negara.

Ringkasan AI
  • Sebanyak 135 unit gel ultrabunyi jenama MyMedic bersaiz 5,000 gram yang tercemar dengan bakteria Burkholderia cepacia complex (Bcc) telah dipanggil balik dari fasiliti kesihatan seluruh negara.
  • Ini adalah baki daripada 912 unit yang diedarkan oleh MyMedic Innovation Sdn Bhd (MMISB).
  • Daripada 912 unit, 777 unit telah habis digunakan dan baki 135 unit telah berjaya dipanggil balik dan dilupuskan oleh MMISB. Tiada pengedaran nombor lot ke tempat lain.

Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) Dr P Muralitharan berkata baki daripada 912 unit yang diedar syarikat MyMedic Innovation Sdn Bhd (MMISB) ke 108 fasiliti kesihatan dengan nombor lot USG402-2306, berjaya dipanggil balik pada 10 Julai lepas.
"MMISB berjaya membuat panggil balik 135 unit kerana 777 unit gel telah habis digunakan. Tiada pengedaran nombor lot ke tempat lain kerana gel yang dipanggil balik telah dilupuskan oleh MMISB," katanya dalam kenyataan hari ini.
Muralitharan menasihati pengguna di fasiliti kesihatan agar sentiasa menggunakan peranti perubatan mengikut arahan ditetapkan oleh pengilang supaya tiada kecederaan atau risiko kesihatan kepada pesakit dan pengguna.
Pengguna yang mempunyai sebarang pertanyaan dan memerlukan maklumat lanjut boleh merujuk kepada pegawai di MDA melalui https://femes.mda.gov.my/.
Pada 23 Julai, MDA memaklumkan MMISB telah membuat satu arahan panggil balik terhadap produk gel ultrabunyi jenama MyMedic kerana gel berkenaan tercemar dengan bakteria Bcc.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gel ultrabunyi
#MDA
#P Muralitharan
#MyMedic
#bakteria Burkholderia cepacia complex Bcc
#MyMedic Innovation
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan