awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu lori didakwa rompak bersenjata, lakukan persetubuhan bertentangan tabii
Empat mangsa bot candat sotong terbalik di Pulau Rebak ditemui selamat
PM Anwar luang satu jam tinjau persiapan Thaipusam di Batu Caves
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1,399 projek perumahan swasta sakit, terbengkalai dipulihkan KPKT

Bernama
Bernama
30/01/2026
08:35 MYT
1,399 projek perumahan swasta sakit, terbengkalai dipulihkan KPKT
Aiman Athirah berkata, TFST akan terus berfungsi sebagai platform utama dalam menangani isu projekperumahan swasta bermasalah dengan cadangan penyelesaian yang praktikal, berkesan dan memberi impak nyata. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Sebanyak 1,399 projek perumahan swasta melibatkan 167,423 unit rumah dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) berjumlah RM133.78 bilion berjaya dipulihkan sejak penubuhan Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST) Bilangan 1/2023.
Daripada jumlah itu, 109 projek berjaya dipulihkan daripada status "sakit" kepada "lancar", manakala 1,265 projek sakit disiapkan sepenuhnya hingga memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu berkata 34 projek perumahan terbengkalai turut berjaya dipulihkan sama ada melalui penyiapan fizikal projek atau melalui penyelesaian melibatkan pembeli.
"Hingga 31 Dis lepas, 161 projek perumahan swasta berstatus "lewat", 349 projek berstatus "sakit" dan 99 projek berstatus "terbengkalai" direkodkan di seluruh negara dan masih berada dalam kawalan hasil pemantauan berterusan dan pelaksanaan intervensi bersasar melalui platform TFST.
"Dalam perkembangan memberangsangkan ini, jumlah projek terbengkalai menunjukkan penurunan daripada 102 projek kepada 99 projek, sekali gus mencerminkan keberkesanan kerjasama erat antara TFST dan pihak berkepentingan dalam memulihkan projek perumahan demi kepentingan pembeli dan kesejahteraan rakyat," katanya dalam kenyataan Pasca-Mesyuarat TFST Bilangan 1 Tahun 2026 hari ini.
Beliau berkata TFST akan terus berfungsi sebagai platform utama dalam menangani isu projekperumahan swasta bermasalah dengan cadangan penyelesaian yang praktikal, berkesan dan memberi impak nyata.
Selain itu, Aiman Athirah berkata ia juga selaras dengan komitmen Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mengurangkan bilangan projek bermasalah secara berperingkat dan mencapai sifar projek perumahan terbengkalai menjelang 2030.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPKT
#projek terbengkalai
#TFST
#Aiman Athirah Sabu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan