Skip to main content
Advertisement

Malaysia

14 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 9 pagi

Sumber: BERNAMA
IPU pada tahap tidak sihat turut direkodkan di Putrajaya (151), Shah Alam, Selangor (109) dan Nilai, Negeri Sembilan (108). - Gambar fail/BERNAMA
Advertisement

KUALA LUMPUR: Sebanyak 14 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat akibat jerebu setakat 9 pagi ini, menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS).

Sebanyak 10 kawasan di Sarawak merekodkan bacaan IPU tidak sihat, iaitu Sibu pada bacaan 178, Sri Aman (169), Mukah (168), stesen pemantauan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian (160), Kuching (157), Samalaju, Bintulu, Kapit dan Sarikei masing-masing mencatatkan (156) serta Samarahan (155).

Sementara itu, IPU pada tahap tidak sihat turut direkodkan di Putrajaya (151), Shah Alam, Selangor (109), Nilai, Negeri Sembilan (108) dan di stesen pemantauan Politeknik Kota Kinabalu, Sabah (103).

Secara keseluruhan, 51 kawasan mencatatkan bacaan pada tahap sederhana manakala tiga kawasan merekodkan kualiti udara baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement