14 kluster diisytihar tamat, ini 5 perkara penting kenyataan KKM 1 April

Astro Awani
April 1, 2021 10:49 MYT
Terdapat 14 kluster yang telah diisytiharkan tamat pada 1 April menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,016 kluster. - Gambar fail
KETUA Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, terdapat enam kluster baharu yang telah dikenal pasti hari ini yang melibatkan lima kluster tempat kerja dan satu kluster komuniti.
Beliau juga memaklumkan terdapat 14 kluster yang telah diisytiharkan tamat pada 1 April menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,016 kluster.
Berikut merupakan lima perkara penting kenyataan media KKM pada 1 April.
1. 1,178 kes baharu, 346,678 jumlah keseluruhan.
2. 1,377 kes sembuh, 331,001 jumlah keseluruhan.
3. 6 kes kematian, 1,278 jumlah keseluruhan.
4. 6 kluster baharu direkod, 1,378 kluster keseluruhan.
5. 14 kluster diisytihar tamat, 1,016 kluster telah tamat
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #KKM #Kluster baharu #kluster tamat #kes positif #Kes sembuh