awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

14 lelaki ditahan berjudi dalam bengkel kereta

Bernama
Bernama
29/03/2025
05:45 MYT
14 lelaki ditahan berjudi dalam bengkel kereta
Pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah menjalankan serbuan di bengkel tersebut kerana disyaki terdapat aktiviti perjudian pada 2.30 pagi tadi.
GEORGE TOWN: Polis menahan 14 individu kerana disyaki berjudi di sebuah bengkel kereta di Jalan Sungai Pinang, di sini awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah telah menjalankan serbuan di bengkel tersebut kerana disyaki terdapat aktiviti perjudian pada 2.30 pagi ini.
"Hasil serbuan, polis berjaya menahan 14 lelaki warga tempatan berumur dalam lingkungan 27 hingga 57 tahun.
"Turut dirampas barang kes termasuk sebuah meja, 52 keping daun terup, tiga unit walkie-talkie dan wang tunai berjumlah RM4,288," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kesemua suspek direman dua hari hingga esok untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) dan Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#operasi judi
#bengkel kereta
#aktiviti judi
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan