awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

14 lelaki tempatan, tiga warga asing ditahan tawar pinjaman wang tanpa lesen

Bernama
Bernama
10/03/2024
13:09 MYT
14 lelaki tempatan, tiga warga asing ditahan tawar pinjaman wang tanpa lesen
M Kumar berkata, polis antara lain turut merampas lima kenderaan, 26 telefon bimbit, 25 kad pengeluaran wang automatik (ATM), dan dua komputer riba. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Polis menahan 14 lelaki tempatan dan tiga warga asing termasuk dua wanita kerana disyaki terlibat dalam pemberian pinjaman wang tanpa lesen dalam beberapa siri serbuan di seluruh negeri ini.
Ketua Polis Johor M Kumar berkata kesemua mereka yang berusia lingkungan 18 hingga 65 tahun itu ditahan menerusi Op Vulture melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dan Jabatan Siasatan Jenayah pada Selasa dan Rabu lepas.
"Kita juga merampas lima kenderaan, 26 telefon bimbit, 25 kad pengeluaran wang automatik (ATM), dua komputer riba, 40 salinan kad pengenalan pelanggan, sembilan salinan perjanjian pinjaman, satu fail mengandungi senarai nombor peminjam, satu unit pencetak dan enam buku rekod pinjaman.
"Dua papan kekunci berserta tetikus, satu Unit Pemproses Pusat (CPU), satu skrin (monitor), satu modem, tiga beg sandang pelbagai jenama, 14 pasport dan wang berjumlah RM48,366 serta sembilan keping cek turut dirampas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ditahan
#tawar pinjaman wang tanpa lesen
#Johor
#serbuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan