MALAYSIA
14 NGO berhimpun depan Parlimen tuntut reformasi
Peserta perhimpunan tidak dibenarkan menghampiri pintu pagar utama bangunan Parlimen. - Gambar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Suasana di hadapan pintu masuk utama bangunan Parlimen sedikit kecoh apabila hampir 100 peserta berhimpun menuntut reformasi agar Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Akta Hasutan 1948 dimansuhkan pada pagi Selasa.
Penganjur yang juga Penyelaras MANDIRI dan jurucakap Sekretariat HIMPUN, Wong Kukui ketika ditemui Astro AWANI berkata, dia mewakili aktivis lain kecewa apabila dihalang menghampiri pintu pagar utama untuk menyerahkan memorandum.
“Kami kecewa, sepatutnya hal begini tak berlaku di era Madani. Kami bukan nak masuk dalam (Parlimen), kami cuma nak serah memorandum di pintu pagar sahaja.
“Bukan niat kami nak buat kecoh tetapi kami hanya nak jumpa ahli-ahli Parlimen tanpa provokasi. Kami tahu rakyat di negara ini layak untuk sesuatu yang baik. Kami sedang memerhati dari jauh.
“Kebebasan suara bukan keistimewaan tetapi suatu janji kepada rakyat. Mana janji Madani,” soalnya.
Sehubungan itu, pihaknya menuntut beberapa langkah antaranya melaksanakan serta-merta moratorium terhadap penggunaan Akta Hasutan sementara proses pemansuhan dilaksanakan sepenuhnya, menerima sepenuhnya enam syor untuk memansuhkan Akta Hasutan yang dikemukakan semasa Semakan Berkala Sejagat (UPR) ke-4 Malaysia.
“Hentikan menggunakan Akta Hasutan untuk membungkam aktivis yang bersuara atau menindas komuniti terpinggir, sudah tiba masanya Kementerian Dalam Negeri bertindak dengan perikemanusiaan dan menjunjung hak asasi manusia,” katanya.
Antara kandungan memorandum adalah menekankan kepentingan dialog dan kerjasama yang membina antara kementerian dan pihak akar umbi, termasuk organisasi masyarakat sivil, dalam menangani pelanggaran hak asasi dalam isu berkaitan kerakyatan, migrasi, keadilan jenayah, dan keselamatan negara.
Jelas Wong, dia dan rakan-rakan lain akan cuba untuk terus berada di lokasi bagi menyerahkan memorandum kepada Perdana Menter, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari ini.
Dalam pada itu, selepas 20 minit berada di lokasi, kelihatan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berjalan kaki datang ke lokasi untuk menerima memorandum.
Perhimpunan menuntut Reformasi Akta Perhimpunan Aman 2012 & Pemansuhan Akta Hasutan 1948 yang disertai lebih 14 badan bukan Kerajaan (NGO) termasuk beberapa gerakan mahasiswa.
Antara mereka yang terlibat adalah MANDIRI, Amnesty Malaysia, BERSIH, C4, Federasi Pemuda Kebangsaan, Pusat KOMAS, SUARAM, MUDA, Article 19, WAO, Sisters In Islam (SIS), Justice for Sisters + Friends dan Centre of Independent Journalism (CIJ).