KANGAR: Jabatan Perangkaan (DOSM) Perlis membuka kaunter Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di 14 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di Perlis secara berjadual untuk memudahkan penduduk di negeri itu membuat pendaftaran dan mengemas kini maklumat dalam sistem berkenaan.
Pengarah Perangkaan Perlis Hamka Ismail berkata kemudahan capaian Internet yang baik di PEDi dapat membantu rakyat terutamanya penduduk kampung mengakses laman sesawang bagi membuat pendaftaran sistem PADU tanpa sebarang masalah.
"Kami ada pasukan membuka kaunter di PEDi tetapi tidak dibuka secara serentak, kaunter di PEDi ini dibuka secara ikut jadual. Selain pembukaan kaunter di PEDi, kami juga membuka kaunter di Bangunan Wisma Persekutuan di Perlis dan juga di Pejabat Perangkaan Perlis sendiri," katanya ketika dihubungi Bernama.
Hamka berkata 14 PEDi itu ialah PEDi Tambun Tulang, PEDi Pokok Jawi, PEDi Kampung Surau, PEDi Beseri, PEDi Batas Lintang, PEDi Felda Chuping, PEDi Program Perumahan Rakyat (PPR) Bintong, PEDi Rancangan Perumahan Awam (RPA) Arau, PEDi PPR Seri Sena, PEDi Padang Pauh, PEDi Padang Besar Selatan, PEDi Felda Rimba Mas, PEDi Kampung Pauh dan PEDi Felda Mata Ayer.
Beliau berkata Skuad Jelajah juga akan digerakkan dari semasa ke semasa ke lokasi terpilih termasuk kawasan tumpuan orang ramai serta pejabat kerajaan untuk memastikan penduduk di negeri itu tidak tercicir daripada mendaftar dan mengemas kini maklumat dalam sistem PADU.
Sementara itu, Hamka berkata 3,723 penduduk Perlis yang berumur 18 tahun ke atas telah mengemas kini maklumat dalam PADU setakat 9 pagi semalam dan mengharapkan seluruh penduduk negeri itu mengemas kini maklumat peribadi melalui sistem itu pada waktu terdekat.
"Alhamdulillah, sehingga kini tiada rungutan serius yang diterima daripada penduduk negeri Perlis sepanjang pengemaskinian maklumat peribadi di PADU.
"Namun begitu, Jabatan Perangkaan Perlis sentiasa menambah baik kualiti perkhidmatan yang disediakan bagi melancarkan proses pengemaskinian ini dengan menangani isu capaian dan kegagalan proses verifikasi e-KYC pengguna dari semasa ke semasa," katanya.
Sementara itu, Pengurus PEDi Tambun Tulang, Arau, Nor Hidayah Razali berkata pihaknya menerima sambutan menggalakkan daripada penduduk sekitar kawasan itu terutama golongan berumur lingkungan 35 tahun yang hadir ke PEDi itu untuk mendaftar dan mengemas kini maklumat masing-masing menerusi PADU.
"Sambutan memberangsangkan dengan anggaran lebih 50 penduduk sekitar sini datang untuk mendaftar PADU selepas pelancaran itu. Selepas pelancaran hari kedua pula lagi ramai orang datang ke sini mendaftar, kebanyakan mereka yang berumur 35 tahun dan ke atas," katanya ketika ditemui hari ini.
Nor Hidayah berkata PEDi Tambun Tulang mengadakan sesi pendaftaran PADU mengikut jadual untuk penduduk kampung dan taman perumahan sekitar situ bagi memudahkan pergerakan orang ramai datang ke PEDi itu sekali gus mengelakkan kesesakan pada satu-satu masa.
"Kami di sini, buat secara ikut jadual macam peringkat awal, kami sasarkan untuk giliran kepada penduduk taman ini iaitu Taman Cempaka Putih dan kumpulan seterusnya barulah kepada penduduk kampung yang berdekatan," katanya.
Sementara itu peniaga makanan di Kangar, Rosman Murad, 53, berkata beliau cuba untuk mendaftar semasa pelancaran PADU tetapi tidak boleh mengakses masuk ke laman sesawang berkenaan.
"Bagaimanapun saya akan cuba mendaftar lagi kerana saya hanya peniaga, jika kerajaan hendak bagi bantuan akan lebih mudah jika maklumat diri saya berada dalam sistem PADU ini, tetapi buat masa sekarang saya mengalami kesukaran kerana laman sesawang itu tidak dapat diakses," katanya.
Seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam Nurin Iskandar, 20, berkata beliau akan membuat pendaftaran bagi memudahkan urusannya mendapatkan bantuan kerajaan.
"Saya pelajar IPT (institusi pengajian tinggi) di Arau semester tiga, jadi saya ada baki lagi satu tahun setengah untuk berada di universiti, jika saya tidak mendaftar rugilah saya, memandangkan keluarga saya jauh, saya sangat memerlukan bantuan dari segi kewangan untuk memudahkan urusan pengajian di universiti," katanya.
Berkongsi pendapat sama, pekerja kedai komputer di Arau, Rahimi Othman, 24, berkata beliau akan mendaftar melalui sistem itu dalam waktu terdekat untuk menikmati manfaat bantuan kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 05 2024
Kemudahan capaian Internet yang baik di PEDi dapat membantu rakyat terutamanya penduduk kampung mengakses laman sesawang bagi membuat pendaftaran sistem PADU tanpa sebarang masalah.- Gambar fail/Bernama
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Pasangan beregu badminton Soon Huat-Shevon kongsi gambar praperkahwinan
Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, hari ini berkongsi gambar praperkahwinan mereka, yang dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
Nadi dijangka tingkatkan literasi digital masyarakat luar bandar
Penambahbaikan fungsi PEDi kepada Nadi dapat memastikan masyarakat luar bandar tidak ketinggalan dengan kemahiran teknologi terkini.
PEDi akan dijenama semula menjelang suku kedua 2024 - Fahmi
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dijangka dijenamakan semula menjelang suku kedua tahun ini.
Jentera PEDi, MPP, Ahli Parlimen bantu rakyat daftar PADU - Fahmi
Pasukan PEDi dan Majlis Perwakilan Penduduk akan digerakkan bagi membantu masyarakat membuat pendaftaran dan mengemas kini maklumat dalam PADU.
14 PEDi di Perlis mudahkan rakyat mendaftar PADU
Jabatan Perangkaan (DOSM) Perlis membuka kaunter Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di 14 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di Perlis secara berjadual untuk memudahkan penduduk di negeri itu membuat pendaf
Tambah baik PEDi, tingkat usahawan dalam ekonomi digital - Fahmi
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) akan ditambah baik bagi mencapai sasaran Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).
PEDi bantu tingkatkan sosioekonomi komuniti tempatan - Fahmi
Ia kini berfungsi sebagai pemangkin ekonomi digital bagi membantu meningkatkan taraf sosioekonomi komuniti tempatan.
Hala tuju baharu PEDi diumum 29 Nov ini - Fahmi
Hala tuju baharu Pusat Ekonomi Digital (PEDi) akan diumumkan pada sambutan Hari Anugerah PEDi, 29 Nov ini.
Belanjawan 2024: Pacu negara ke arah inovasi, teknologi tinggi, ekonomi digital - MCMC
Peruntukan kepada PEDi memperkasa usahawan untuk meningkatkan tahap sosioekonomi dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi digital negara.
Peruntukan RM25 juta dapat dimanfaat untuk bina 186 PEDi baharu - Fahmi
PEDi yang dibina itu akan berperanan sebagai pemangkin kepada ekonomi digital di peringkat setempat.
KKD wujudkan 72 PEDi tingkat ekonomi rakyat Kelantan - Fahmi
Fahmi berkata 2,294 daripada pengguna berkenaan telah menjadi usahawan aktif PEDi, di samping lebih 259,000 penyertaan latihan telah direkodkan.