awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Muzium Agop Batu Tulug Kinabatangan simpan khazanah purba Orang Sungai
Nestle mohon maaf susulan penarikan balik susu formula bayi di peringkat global
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden kereta api dihempap kren di Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

14 pendaki sesat di dalam Gua Kelam Tiga sejak Isnin

Bernama
Bernama
13/04/2021
08:39 MYT
14 pendaki sesat di dalam Gua Kelam Tiga sejak Isnin
Saifudin berkata 14 pendaki itu terdiri daripada 10 lelaki dan empat orang perempuan merupakan warga tempatan. - Gambar/ Bernama
PADANG BESAR: Empat belas pendaki dari dua buah kelab rekreasi tempatan terperangkap lebih 20 jam di Gua Kelam Tiga di sini sejak petang semalam.
Ketua Polis Daerah Padang Besar Supt Saifudin Aslin Abbas berkata 14 pendaki itu terdiri daripada 10 lelaki dan empat orang perempuan merupakan warga tempatan.
"Kita difahamkan 11 orang pendaki mula memasuki Gua Kelam Tiga pada 11 pagi semalam bersama sekumpulan pendaki dari sebuah politeknik, namun mereka (11 pendaki) memilih jalan berbeza menyebabkan terpisah dari kumpulan pendaki politeknik.
"Pada 10 malam, tiga orang lagi pendaki yang menghantar makanan kepada rakan mereka turut sesat," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.
Beliau berkata polis menerima laporan awal pada 6.50 pagi dan berjaya mengenal pasti lokasi pendaki apabila berjaya menghubungi mangsa yang sesat pada 9.30 pagi tadi.
"Kita telah lancar operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 11.00 pagi yang dianggotai 18 orang daripada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Perhutanan Malaysia (JPM) dan pemandu arah," katanya.
Saifudin berkata maklumat awal yang diperoleh mendapati bahawa semua mangsa dalam keadaan selamat dan hanya mengalami keletihan dan luka-luka kecil.
"Kita terpaksa mengambil masa yang agak panjang untuk membawa keluar semua mangsa berikutan keadaan gua dan mungkin akan mengambil masa lapan hingga 10 jam," katanya.
Beliau berkata siasatan awal juga mendapati bahawa semua mangsa masuk ke gua itu tanpa kebenaran pihak JPM dan mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 dan boleh dikompaun.
Saifudin menasihati orang ramai yang ingin terlibat dalam aktiviti mendaki atau memasuki hutan agar mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa terlebih dahulu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pendaki sesat
#gua kelam
#gua kelam tiga
#14 orang
#padang besar
#laluan
#SAR
#operasi mencari dan menyelamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan