awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perhimpunan GARAH tidak dibenarkan atas faktor keselamatan awam - Polis
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

141 mangsa banjir Hulu Bernam masih berlindung di PPS malam ini

Bernama
Bernama
05/08/2024
14:30 MYT
141 mangsa banjir Hulu Bernam masih berlindung di PPS malam ini
Antara mangsa banjir dari enam kampung yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kampung Sekolah hari ini. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM: Sebanyak 141 mangsa banjir daripada 49 keluarga di Hulu Bernam masih berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) malam ini, menurun sedikit berbanding 143 mangsa petang tadi.
Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Hulu Selangor memaklumkan keadaan di sekitar PPS Dewan Orang Ramai Kampung Sekolah dilaporkan terkawal dengan cuaca pada malam ini adalah baik.
PPS berkenaan menempatkan mangsa dari enam kampung yang terjejas iaitu Kampung Sungai Selisik, Kampung Serigala, Kampung Sungai Nilam, Kampung Sekolah, Kampung Masjid dan Kampung Paya Lebar.
Terdahulu, Bernama melaporkan situasi banjir di daerah Muallim, Perak pulih apabila satu-satunya PPS yang menempatkan 82 mangsa daripada 19 keluarga ditutup petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak memberitahu kesemua mangsa yang berlindung di PPS Dewan Kampung Pauh Behrang Stesen itu dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#PPS
#Muallim
#Hulu Bernam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan