Skip to main content

Malaysia

15 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 9 pagi

Selain Pasir Gudang dengan bacaan IPU 180, tujuh kawasan lain di Johor turut mencatat IPU tidak sihat ialah iaitu Larkin (178), Kota Tinggi (166), Tangkak (164), Segamat (162), Pengerang (160), Kluang (159) dan Batu Pahat (151). - Gambar fail/ Sinar Harian
Selain Pasir Gudang dengan bacaan IPU 180, tujuh kawasan lain di Johor turut mencatat IPU tidak sihat ialah iaitu Larkin (178), Kota Tinggi (166), Tangkak (164), Segamat (162), Pengerang (160), Kluang (159) dan Batu Pahat (151). - Gambar fail/ Sinar Harian

Advertisement

KUALA LUMPUR: Sebanyak 15 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini, dengan Pasir Gudang, Johor merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 180.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), tujuh kawasan di Johor turut mencatat IPU tidak sihat, iaitu Larkin (178), Kota Tinggi (166), Tangkak (164), Segamat (162), Pengerang (160), Kluang (159) dan Batu Pahat (151).

Di Pahang, Balok Baru Kuantan merekodkan bacaan IPU 159, makala Rompin 53 dan Cheras di Kuala Lumpur melaporkan bacaan 157.

Kawasan lain dengan IPU tidak sihat ialah Kemaman dan Kuala Terengganu di Terengganu masing-masing merekodkan bacaan 156, manakala Paka 133, dan Alor Gajah, Melaka 103.

Sementara itu, sebanyak 50 kawasan mencatat bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala tiga kawasan merekodkan bacaan pada tahap baik.

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement