Seramai 69 penduduk dari Kampung Bagan Panchor di sini, terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan di kampung mereka selepas rumah mereka dinaiki air sejak awal pagi Selasa.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis, Penolong Penguasa Bomba Amer Ahmad berkata kesemua mangsa banjir yang terdiri daripada 15 keluarga itu dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Kampung Panchor selepas paras air di kawasan mereka meningkat.
"Kesemua mangsa memberikan kerjasama dan berpindah sendiri ke pusat pemindahan apabila diarahkan oleh pihak kami, dan ianya adalah untuk tujuan keselamatan apabila mendapati paras air sudah pun mencecah sehingga 1.2 meter.
"Punca utama banjir berkenaan dipercayai disebabkan hujan lebat berterusan awal pagi ini dan takat air sedang berada di pasang besar buat masa ini," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada pagi Selasa.
Amer berkata, kesemua mangsa yang dipindahkan melibatkan 41 adalah lelaki dan 28 wanita dan ada di antara mereka telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Tambahnya, cuaca kini bertambah baik di sekitar PPRT dan Kg Bagan Panchor dan hanya terdapat hujan renyai-renyai kini dilaporkan berlaku di kawasan berkenaan.
"Buat masa ini, kami masih melakukan pemantauan dan memastikan keadaan paras air benar-benar selamat sebelum membenarkan mereka pulang ke rumah masing-masing, selain membantu membersihkan jalan raya yang diselaputi lumpur ketika air naik," ujarnya.
Tambahnya, operasi berkenaan diketuai oleh Pegawai Daerah Manjung, Mohd Faris Mohd Hanif dan Pengurusan Bencana Daerah Manjung.
"Setakat ini hanya satu kampung yang terjejas akibat banjir tersebut," ujarnya lagi.
Dalam operasi tersebut, seramai 39 pegawai dan anggota daripada JPAM, PDRM, JKM dan RELA telah bersama membantu memindahkan mangsa secara selamat.
Sementara itu Setiausaha Pengurusan Bencana Daerah Bagan Datoh, Mohd Zaidi Ahmad berkata jumlah rumah yang terjejas akibat banjir di Teluk Intan setakat ini kekal empat buah.
Beliau berkata rumah-rumah di Kampung Teluk Selendang itu terletak berdekatan Sungai Perak.
Katanya, dua keluarga dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Tapak Semenang sejak semalam sementara dua keluarga lagi memilih untuk tinggal di kediaman masing-masing.
Astro Awani
Tue Sep 20 2016

Limpahan air banjir yang meresahkan penduduk di Kampung Bagan Panchor, Pantai Remis. - Foto Astro AWANI
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

15 keluarga di Pantai Remis dipindahkan akibat banjir
Semua keluarga itu dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Kampung Panchor selepas paras air di kawasan mereka mencecah 1.2 meter.