KUALA LUMPUR: Sebanyak 15 kluster baharu dikesan pada Selasa dengan hampir 87 peratus daripadanya melibatkan kategori tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini berkata, kluster baharu itu dikesan di negeri Selangor, Johor, Kedah, Perak, Sabah, Kelantan dan Wilayah Persekutuan.

Berikut antara lima fokus utama menerusi kenyataan media hari ini:

1. Kes baharu COVID-19 negara kembali melonjak selepas merekodkan 6,239 kes dalam tempoh 24 jam yang lalu.

2. Selangor terus kekal mencatatkan kes baharu tertinggi dengan 2,291 kes, diikuti Kuala Lumpur (704 kes) dan Negeri Sembilan (507 kes).

3. Sebanyak 905 individu sedang menerima rawatan di ICU dengan 453 daripada mereka memerlukan bantuan alat pernafasan.

4. Kes sembuh mengatasi kes baharu dengan 7,386 kes.

5. Sebanyak 15 kluster baharu dikesan dengan 13 daripadanya melibatkan kategori tempat kerja.