awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

15 maut, 24 cedera dalam insiden tembakan di sebuah universiti di Prague

Astro Awani
Astro Awani
21/12/2023
21:00 MYT
15 maut, 24 cedera dalam insiden tembakan di sebuah universiti di Prague
Sebuah ambulans kelihatan menuju ke arah bangunan Fakulti Falsafah Universiti Charles di pusat bandar Prague, Republik Czech, 21 Dis, 2023. (Foto AP)
SEORANG pelajar Czech berusia 24 tahun membunuh lebih 15 individu dan mencederakan sekurang-kurangnya 24 yang lain di universitinya di Prague, pada Khamis, sebelum dia “disingkirkan”.
Menurut Ketua Polis Prague Martin Vondrasek, ia disifatkan sebagai insiden tembakan rambang paling buruk di negara itu.
Katanya, terdahulu pada hari sama, pihak berkuasa dimaklumkan pelajar lelaki itu berkemungkinan menuju ke Prague dari tempat tinggalnya di sebuah bandar di wilayah Kladno, dengan niat untuk membunuh diri.
Tidak lama selepas itu, bapa penembak itu ditemui mati.
Polis mengosongkan bangunan Fakulti Sastera Universiti Charles, di mana penembak sepatutnya menghadiri kuliah, tetapi kemudian menerima panggilan di bangunan yang berbeza di fakulti itu.
Polis tiba beberapa minit selepas laporan tembakan diterima, kata Vondrasek.
"Kami mempunyai maklumat baru yang belum disahkan daripada akaun di media sosial bahawa dia dikatakan didorong oleh satu serangan pengganas di Rusia pada musim luruh tahun ini," kata Vondrasek kepada pemberita, sambil menambah, penembak itu merupakan pemegang lesen beberapa senjata api.
Katanya, kematian lelaki bersenjata itu mungkin akibat bunuh diri tetapi pihak berkuasa juga sedang menyiasat sama ada dia mungkin terbunuh oleh peluru polis.
Polis meminta untuk tidak mendedahkan identiti lelaki tersebut.
Polis menutup lokasi kejadian dan kawasan berdekatan, yang terletak di sebuah bandar yang sibuk, menuruni bukit dari Istana Prague.
Topic Berkaitan
#tembakan rambang
#pelajar universiti
#Prague
#Universiti Charles
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan