[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

15 pendatang asing ditahan dalam Ops Sapu

Bernama 14/02/2024 | 15:45 MYT
Jabatan Imigresen menahan 15 pendatang tanpa izin dalam Ops Sapu yang dijalankan bermula 10 malam semalam hingga 8 pagi tadi di sekitar bandar ini, Pasir Mas dan Bachok. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Jabatan Imigresen menahan 15 pendatang tanpa izin dalam Ops Sapu yang dijalankan bermula 10 malam semalam hingga 8 pagi tadi di sekitar bandar ini, Pasir Mas dan Bachok.
Pengarah Jabatan Imigresen Kelantan Mohd Faizal Shamsudin berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 13 warga Bangladesh dan dua warga Pakistan.
"Operasi dijalankan selepas Jabatan Imigresen bertindak atas risikan," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata kesemua individu terbabit kini disiasat lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63.
-- BERNAMA
#jabatan imigresen #Ops Sapu #pendatang tanpa izin #Mohd Faizal Shamsudin