awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

15 peratus rakyat Malaysia hidap penyakit buah pinggang kronik

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
27/12/2020
07:19 MYT
15 peratus rakyat Malaysia hidap penyakit buah pinggang kronik
Menurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kebanyakan pesakit hanya mengetahui mengenai masalah buah pinggang kronik apabila sudah berada pada tahap yang serius.
KUALA LUMPUR:Kajian menunjukkan 15 peratus daripada rakyat Malaysia menghidap penyakit buah pinggang kronik pelbagai peringkat.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kebanyakan mereka hanya mengetahui mengenai penyakit itu apabila sudah berada pada tahap yang serius.
Beliau berkata, apa yang turut membimbangkan ialah, kebanyakan daripada golongan ini juga tidak menyedari mereka menghidap penyakit berkenaan.
"Ini berikutan pesakit ini tidak mempunyai gejala di peringkat awal dan apabila seseorang pesakit bergejala, sering kali mereka di tahap serius," katanya semasa berucap melancarkan laman web, MYBuahPinggang.com secara maya pada Ahad.
Laman web ini dibangunkan oleh Persatuan Tweet Perubatan Malaysia #MedTweetMY dan disokong oleh perkhidmatan nefrologi KKM, Persatuan Nefrologi Malaysia, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan dan Astra Zeneca.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berharap laman web MYBuahPinggang.com dapat dijadikan pusat sehenti untuk orang awam dan pesakit mendapatkan maklumat sahih mengenai kesihatan buah pinggang.
"Saya juga difahamkan ia juga akan diperluaskan dalam jangka masa terdekat untuk merangkumi pelbagai aspek lain seperti pendidikan pesakit pra-dialisis dan pendidikan diabetes," ujarnya.
Justeru, tegasnya, tahap kesedaran rakyat Malaysia diharap akan bertambah baik dengan kewujudan laman web MYBuahPinggang.com dan seterusnya dapat mengurangkan penyakit kegagalan fungsi buah pinggang di negara ini pada masa akan datang.
Sumber Facebook MYBuahPinggang
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#rakyat Malaysia
#rakyat
#Malaysia
#perubatan
#pendidikan
#Tweet
#KKM
#buah pinggang kronik
#medtweetmy
#MYBuahPinggang com
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan