15 sekolah di beberapa daerah di Sarawak ditutup

Bernama
Februari 22, 2016 08:10 MYT
Beliau berkata sebaik sahaja banjir surut, kerosakan yang dialami sekolah terbabit akan dinilai dan kerja membaiki kerosakan itu akan dilakukan dengan kadar segera. - Foto Fail
Sebanyak 15 buah sekolah di beberapa daerah di Sarawak ditutup hari ini akibat banjir, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Beliau berkata sebaik sahaja banjir surut, kerosakan yang dialami sekolah terbabit akan dinilai dan kerja membaiki kerosakan itu akan dilakukan dengan kadar segera.
Mahdzir berkata demikian kepada pemberita ketika melawat Sekolah Kebangsaan (SK) St. David Bumbok, kira-kira 17km dari bandaraya Kuching, hari ini.
Daerah Kuching, Serian, Samarahan dan Bau dilanda banjir yang menyebabkan sejumlah 7,965 daripada 2,051 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara setakat 12 tengah hari, hari ini.
Sementara itu, Mahdzir berkata sebanyak 100 buah sekolah di seluruh Sarawak yang masih mengggunakan set generator akan disambung ke grid Sarawak Energy (SEB) bagi mendapatkan bekalan elektrik 24 jam.
Mengenai perjumpaan beliau dengan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini, beliau berkata beberapa perkara berkaitan soal pendidikan dibincangkan termasuk bahasa Inggeris di sekolah.

Lawatan ke SK Rakyat Jln Bolhassan, Kuching bersama KPPM & KP JPN Sarawak. @KemPendidikan pic.twitter.com/RIX5KKq66b

— Mahdzir Khalid (@MahdzirKhalid) February 22, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

A very warm welcome from SK Rakyat Tupong, Kuching. TQ! @KemPendidikan @eduMsia pic.twitter.com/eSRPLcEJeQ

— Mahdzir Khalid (@MahdzirKhalid) February 22, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Keep it up!! We are here to serve you! @KemPendidikan @PKamalanathan @chongsinwoon @GM1Malaysia pic.twitter.com/6BkGuFDOyn

— Mahdzir Khalid (@MahdzirKhalid) February 22, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Di SJK (C) Stampin. Jumpa guru2 & tgk keadaan sekolah. pic.twitter.com/JCQEjEa5A5

— Mahdzir Khalid (@MahdzirKhalid) February 22, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tinjau keadaan banjir SK St David Bumbok. Moga banjir beransur pulih & boleh buat pembersihan. pic.twitter.com/nU40jnGFMa

— Mahdzir Khalid (@MahdzirKhalid) February 22, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#banjir Sarawak #Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid #sekolah diarah tutup