awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

15 tahun guna sijil lahir orang lain: Warga Bangladesh didenda, diusir pulang

Astro Awani
Astro Awani
25/02/2016
09:37 MYT
15 tahun guna sijil lahir orang lain: Warga Bangladesh didenda, diusir pulang
Tertuduh didapati memasuki negara ini secara sah pada 1991 menggunakan laluan udara dan pasport antarabangsa Bangladesh. - Gambar hiasan
Seorang warga Bangladesh didenda RM2,000 dan diusir pulang ke negara asal selepas mengaku bersalah menggunakan sijil kelahiran milik orang lain selama 15 tahun.
Mahkamah turut menetapkan tertuduh dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk dihantar pulang ke negara asal.
Tertuduh Ahmad Basir, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret A. Akhiruddin @ Boy Acho.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa JPN, Ahmad Firdaus Che Md Rose, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 11 Disember 2001 kira-kira jam 4 petang di Pejabat Pendaftaran Negara cawangan Gerik tanpa kuasa sah memberi maklumat palsu ketika memohon daftar lewat kad pengenalan.
Dia menggunakan sijil kelahiran atas nama Ahmad Basir Mat Rozali bernombor C749050.
Mengikut fakta kes tertuduh didapati memasuki negara ini secara sah pada 1991 menggunakan laluan udara dan pasport antarabangsa Bangladesh.
Dia menggunakan sijil kelahiran berkenaan selama lebih 15 tahun untuk bernikah dengan rakyat tempatan dan mencari pekerjaan.
Sebelum itu, bapa kepada empat anak itu memohon mahkamah meringankan hukuman kerana telah memberi kerjasama dan memudahkan urusan, di samping perlu menanggung tiga anak yang belajar di sebuah sekolah tahfiz di Ipoh.
Bagaimanapun, Ahmad Firdaus memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal kerana perbuatannya itu mengancam keselamatan negara.
Topic Berkaitan
#jabatan imigresen
#sijil kelahiran orang lain
#warga Banglaesh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan