awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Insiden helikopter: Mohammad Zullfika dipindahkan ke 96 HAT Lumut
Tiga lelaki berkonvoi pulang dari Thailand antara ditahan AADK
9 terbunuh dalam serangan semasa sambutan ambang tahun baharu di Nigeria

15 termasuk penjawat awam ditahan terbabit parti liar, dadah

Astro Awani
Astro Awani
05/08/2021
02:31 MYT
15 termasuk penjawat awam ditahan terbabit parti liar, dadah
Kesemua individu yang ditahan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan selanjutnya. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Berani buat pesta liar ketika negara dilanda musibah, seakan mereka kebal wabak COVID-19.
Itu gambaran sikap tidak bertanggungjawab 15 individu yang ditahan dipercayai terlibat dalam pesta liar di sebuah unit kondominium mewah dekat Jalan Ceylon, di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata, operasi bermula jam 1 pagi itu dilakukan hasil aduan dan risikan yang mendakwa terdapat aktiviti hiburan.
Pemeriksaan mendapati salah seorang daripada yang ditahan itu merupakan penjawat awam dan sembilan yang lain terdiri daripada wanita.
Soal siasat mendapati, unit kondominium berkenaan disewa dengan kadar RM600 semalam.
Polis turut menemui pelbagai peralatan audio dan juga kesan penggunaan dadah.
Hasil ujian saringan air kencing mendapati tiga lelaki dan lapan wanita positif dadah.
"Kita akan mengeluarkan kompaun setiap seorang berjumlah RM4,000 dan keseluruhan nilai kompaun adalah sebanyak RM60,000.
"Kesemua individu yang ditahan berusia antara 17 sehingga 45 tahun dan mereka ini semua tinggal di kawasan sekitar Kuala Lumpur," katanya.
Mohamad Zainal berkata ketika disoal siasat, mereka turut mengaku beberapa kali berkunjung ke rumah berkenaan sebelum ini bagi tujuan berhibur.
Kes disiasat di bawah Seksyen 5(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Peraturan 17 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit Pelan Pemulihan Negara (PPN) 2021.
Kesemua individu yang ditahan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan selanjutnya.
Topic Berkaitan
#parti liar
#COVID-19
#Dadah
#kondominium mewah
#Jalan Celon
#IPD Dang Wangi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.