NATIONAL
15 warga Bangladesh cuba bolos sebagai pemain kriket ditahan di KLIA
PUTRAJAYA: Sebanyak 15 lelaki warga Bangladesh yang cuba memasuki negara ini dengan menyamar sebagai pasukan kriket, ditahan dalam satu pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.
Ringkasan AI
- Sebanyak 15 lelaki warga Bangladesh ditahan di KLIA kerana cuba memasuki Malaysia dengan menyamar sebagai pasukan kriket menggunakan surat penganjuran kejohanan palsu.
- Pemeriksaan lanjut mendapati tiada bukti kukuh mereka pemain kriket dan berkemungkinan mereka sebahagian daripada sindiket yang cuba menyalahgunakan visa sukan.
- AKPS memutuskan kumpulan tersebut tidak dibenarkan mendarat dan tindakan lanjut akan diambil mengikut peraturan imigresen yang berkuat kuasa.
"Tiada sebarang kejohanan kriket dijadualkan berlangsung dari 21 Mac hingga 23 Mac 2025 seperti tercatat," menurut kenyataan itu di sini hari ini.
AKPS memaklumkan lebih mencurigakan lagi apabila mereka cuba mendapatkan seorang penaja sebagai penjamin.
"Namun, 'penjamin' yang hadir mengaku tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai kejohanan kriket tersebut dan hanya hadir sebagai wakil syarikat," menurut kenyataan itu.
Kenyataan AKPS itu memaklumkan pemeriksaan lanjut mendapati tiada bukti kukuh mereka pemain kriket dan berkemungkinan mereka sebahagian daripada sindiket yang cuba menyamar sebagai pemain kriket untuk memasuki Malaysia atas tujuan lain.
Menurut kenyataan itu keputusan diambil agar kumpulan terbabit tidak dibenarkan mendarat (NTL) dan tindakan lanjut akan diambil mengikut peraturan imigresen yang berkuat kuasa.
"AKPS turut memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana individu atau sindiket yang cuba menyalahgunakan visa sukan untuk tujuan berbeza seperti bekerja secara tidak sah atau pemerdagangan manusia," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami