awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

150 pelajar UIAM terima sumbangan Yayasan Pahang

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
10/05/2016
13:36 MYT
150 pelajar UIAM terima sumbangan Yayasan Pahang
Bantuan berkenaan diberikan kepada pelajar yang dikenal pasti berasal daripada keluarga yang kurang berkemampuan. -Foto Bernama
Sejajar dengan kenaikan kos sara hidup masa kini yang turut dirasai golongan pelajar, Yayasan Pahang hari ini tampil memberikan bantuan derma kepada kalangan mahasiswa daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Gombak.
Sejumlah 150 mahasiswa yang dikenal pasti berasal daripada keluarga kurang berkemampuan menerima bantuan sekali beri sebanyak RM4,000 itu daripada yayasan tersebut.
Menurut Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, bantuan ini bertujuan meringankan beban pelajar berkenaan yang menghadapi masalah berikutan peningkatan kos sara hidup di kawasan bandar.
"Bantuan ini diberikan kepada mahasiswa yang juga penerima berdaftar program Student Kitchen, iaitu program yang ditubuhkan oleh Persatuan Alumni UIAM bagi membantu golongan kurang berkemampuan.
"Selanjutnya, Yayasan Pahang berasa terpanggil untuk memberikan sumbangan yang mana ianya sebagai sebahagian inisiatif daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) yayasan," kata Adnan yang ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan berkenaan di UIAM di sini, pada Selasa.
Adnan yang juga Menteri Besar Pahang sempat meluangkan masa bersama para pelajar di majlis tahlil ringkas yang diadakan buat Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Allahyarham Datuk Noriah Kasnon yang juga merupakan seorang alumni UIAM.
Topic Berkaitan
#000
#bantuan RM4
#Kampus Gombak
#UIAM
#Universiti Islam Antarabangsa
#Yayasan Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan