awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1,500 kampit beras Melaka dipasarkan setiap bulan bermula 2026

Bernama
Bernama
09/12/2025
05:16 MYT
1,500 kampit beras Melaka dipasarkan setiap bulan bermula 2026
Dr Muhamad Akmal berkata meskipun Melaka bukan di bawah Skim Jelapang Padi, namun negeri ini berjaya mengeluarkan beras dan benih padi sendiri. - Gambar fail/Bernama
MELAKA: Kerajaan negeri bercadang mengeluarkan 1,500 kampit Beras Melaka sebulan bermula 2026, kata Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.

Ringkasan AI
  • Kerajaan negeri Melaka rancang mengeluarkan 1,500 kampit Beras Melaka sebulan bermula 2026, menawarkan harga RM26 sekampit.
  • Sebanyak 12,376 kampit beras berjaya dikeluarkan sejak tuaian fasa pertama projek penanaman padi dilaksanakan pada Mac lepas.
  • Meskipun Melaka bukan di bawah Skim Jelapang Padi, negeri ini berjaya mengeluarkan beras dan benih padi sendiri tanpa melibatkan dana kerajaan negeri.

Beliau berkata setakat ini, sebanyak 12,376 kampit berjaya dikeluarkan sejak tuaian fasa pertama projek penanaman padi pada Mac lepas.
"Bagi fasa ketiga yang bermula bulan ini hingga tahun depan, kita merancang untuk mengeluarkan 1,500 kampit beras putih 10 kilogram pada harga RM26 sekampit," katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri di sini hari ini.
Dr Muhamad Akmal berkata meskipun Melaka bukan di bawah Skim Jelapang Padi, namun negeri ini berjaya mengeluarkan beras dan benih padi sendiri.
"Projek ini bukan gimik, inilah yang kita lakukan. Kedah walaupun negeri jelapang padi, tetapi tidak mengeluarkan beras sendiri. Kita lakukan projek ini secara berfasa dan realistik tanpa gunakan dana kerajaan negeri," katanya.
Beliau berkata bagi tempoh Januari hingga November lepas, terdapat 1,590.36 hektar sawah yang diusahakan 450 petani di negeri ini dengan pengeluaran padi sebanyak 6,779.93 tan metrik.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#kerajaan melaka
#Muhamad Akmal Saleh
#beras Melaka
#hasil tuaian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan