153 mangsa banjir Taiping masih di tiga PPS

Bernama
November 5, 2022 16:58 MYT
Mangsa akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing apabila banjir surut dan pemantauan mendapati keadaan adalah selamat. - Gambar hiasan
IPOH: Seramai 153 mangsa banjir daripada 50 keluarga masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) setakat malam ini.
Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak berkata daripada jumlah itu, 90 mangsa berada di PPS Masjid Al-Wusta, 55 orang di Sekolah Kebangsaan Matang Gelugur dan lapan lagi di Surau Kampung Perak.
"Paras air Sungai Ijok melebihi paras normal namun berada di bawah paras waspada," menurutnya dalam kenyataan di sini malam ini.
Katanya mangsa akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing apabila banjir surut dan pemantauan mendapati keadaan adalah selamat.
Hujan lebat petang semalam menyebabkan beberapa kampung di sekitar Taiping terjejas dan ratusan penduduk terpaksa dipindahkan ke PPS.
-- BERNAMA
#banjir Perak #banjir taiping #PPS #Sungai Ijok