MALAYSIA
155 pendaki selamat lepasi air deras di Gunung Kinabalu
Semalam, media melaporkan detik cemas yang dialami beberapa pendaki Gunung Kinabalu apabila terpaksa menempuh aliran air deras di sekitar puncak susulan hujan lebat berterusan. - Gambar/ Sinar Harian/
KOTA KINABALU: Seramai 155 pendaki Gunung Kinabalu selamat melepasi aliran air deras di kawasan puncak susulan hujan lebat yang melanda awal pagi semalam.
Ringkasan AI
Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan kejadian pada 6.15 pagi itu menyebabkan limpahan air dari kawasan dataran tinggi di atas denai KM7, berdekatan Check Point Sayat-Sayat.
Menurut kenyataan itu, pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung (MOSAR) serta Malim Gunung segera melakukan pemantauan dan mendapati laluan berkenaan masih selamat digunakan dengan bantuan tali keselamatan yang tersedia di lokasi.
"Kesemua pendaki berjaya melepasi kawasan aliran air deras itu pada 7.48 pagi. Kejadian sebegini adalah biasa dan lazim berlaku sekiranya hujan turun di kawasan gunung.
"Pihak Taman-Taman Sabah telah menetapkan prosedur operasi standard (SOP) keselamatan pendaki, dengan mengambil kira faktor cuaca semasa," menurut kenyataan itu.
Semalam, media melaporkan detik cemas yang dialami beberapa pendaki Gunung Kinabalu apabila terpaksa menempuh aliran air deras di sekitar puncak susulan hujan lebat berterusan, dan video kejadian itu turut tular di media sosial.
Menurut kenyataan itu, pemantauan awal cuaca telah dijalankan sebelum pendakian dibuka pada 3.26 pagi, dan keadaan ketika itu didapati selamat untuk aktiviti pendakian.
"Bagaimanapun, pada 6.15 pagi, cuaca berubah dengan hujan lebat dan angin kencang yang menyebabkan pembentukan aliran air deras di kawasan Check Point Sayat-Sayat.
"Pendaki yang menuruni gunung selepas selesai pendakian dibantu Malim Gunung untuk melepasi kawasan berkenaan," menurut kenyataan itu.
Taman-Taman Sabah turut menasihatkan pendaki agar tidak panik sekiranya berdepan situasi sebegini dan sentiasa mematuhi arahan pasukan keselamatan serta Malim Gunung demi keselamatan semua pihak.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Seramai 155 pendaki Gunung Kinabalu berjaya melepasi aliran air deras di kawasan puncak susulan hujan lebat awal pagi, dengan bantuan Malim Gunung dan tali keselamatan yang tersedia di lokasi.
- Kejadian berlaku sekitar jam 6.15 pagi berhampiran Check Point Sayat-Sayat, namun laluan disahkan selamat digunakan dan semua pendaki melepasi kawasan tersebut pada jam 7.48 pagi.
- Taman-Taman Sabah menegaskan kejadian seperti ini lazim berlaku ketika hujan di kawasan gunung dan menasihatkan pendaki agar tidak panik serta sentiasa mematuhi SOP dan arahan keselamatan.