awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

156 pangkalan hadapan di Pahang, siap sedia hadapi banjir

Norfarhiza Mohd Atar
Norfarhiza Mohd Atar
31/10/2022
01:30 MYT
156 pangkalan hadapan di Pahang, siap sedia hadapi banjir
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail meninjau keperluan asas yang disediakan buat mangsa banjir di Pahang. - Astro AWANI
LIPIS: Kerajaan Pahang siap siaga hadapi kemungkinan berlakunya banjir berikutan Monsun Timur Laut (MTL) melalui penghantaran bekalan keperluan bencana di kesemua 156 pangkalan hadapan seluruh negeri ini.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bekalan keperluan asas yang disediakan meliputi sembilan item iaitu beras, gula, garam, minyak masak, biskut, kopi, sardin, teh dan kari ayam.
Menurutnya, makanan tersebut turut dipastikan berkualiti, selamat dan bersih serta disimpan di pangkalan hadapan yang telah disanitasi dan telah melalui proses ‘pest control’.
"Terdapat 156 pangkalan hadapan termasuk 15 yang berada di daerah Lipis melibatkan penggunaan dewan terbuka, balai raya, masjid dan sekolah.
" Alhamdulillah saya dapati persediaannya cukup baik dan saya rasa lebih baik daripada sebelum ini.
"Di samping itu juga kita telah pun mengambil tindakan untuk mengenalpasti apakah punca yang mana boleh membantu meminimakan masalah banjir ini,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Pelepasan Misi Penghantaran Bekalan Keperluan Bencana Monsun Timur Laut 2022/2023 Ke Pangkalan Hadapan Bagi Daerah Lipis di Dataran Pekan Sehari Kuala Medang di sini pada Ahad.
Program ‘flag off’ tersebut merupakan simbolik kepada siri misi penghantaran keperluan bekalan bencana di semua 156 pangkalan hadapan di seluruh Pahang.
Wan Rosdy berkata, pelbagai bentuk bantuan telah disalurkan bagi meminimakan masalah dan kesan banjir serta bencana alam membabitkan penyediaan fasiliti.
Tambahnya, usaha itu termasuk pembelian bot amfibia, pembinaan Pusat Pemindahan Banjir Kekal, pembinaan landasan pendaratan helikopter, pembelian instrumen sistem amaran awal banjir, serta pembelian bot menyelamat yang ditempatkan di Pejabat Penghulu selain mengadakan kursus dan penerangan kepada mereka yang terlibat di kawasan banjir.
"Menerusi Belanjawan 2023, Kerajaan Negeri telah menyusun pelbagai langkah dan persediaan bagi menghadapi Monsun Timur Laut, antaranya adalah memperkenalkan Dasar Pengurusan Bencana Negeri Pahang dan Disaster Data Bank Negeri Pahang bertujuan menyokong aspek pembuatan keputusan yang pantas di peringkat daerah dan negeri dengan peruntukan RM500,000.
"Kerajaan juga mengadakan Program Pasca Banjir dengan peruntukan RM47 juta yang akan dilaksanakan pada tahun 2022 sehingga 2023," jelasnya.
Dalam pada itu Wan Rosdy berkata, petugas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) telah bersiap siaga menggalas tugas sekiranya kemungkinan berhadapan bencana banjir yang melanda negeri ini saban tahun.
Ujarnya, kesemua petugas terlibat PRU15 telah dimaklumkan supaya sentiasa bersiap sedia dalam apa sahaja keadaan sama ada berlaku banjir atau pun tidak.
“Tetapi harapan saya supaya mudah-mudahan ianya tidak berlakulah. InsyaaAllah, sebab kadang-kadang kita menjangkakan banjir, tetapi tidak berlaku banjir dan kadang-kadang kita tidak menjangkakan banjir tetapi banjir.
"Jadi ini semua kuasa Allah belaka, kita cuma berikhtiar dan berdoa supaya banjir tidak berlaku,” katanya.
Topic Berkaitan
#Wan Rosdy Wan Ismail
#MTL
#pangkalan hadapan
#bekalan keperluan asas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan