awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

157 projek pembangunan di Negeri Sembilan masih di bawah status prapelaksanaan

Bernama
Bernama
19/02/2024
22:15 MYT
157 projek pembangunan di Negeri Sembilan masih di bawah status prapelaksanaan
Aminuddin berkata, semua jabatan dan agensi di bawah kementerian terlibat digesa lebih serius dan memantau secara proaktif berhubung perkara tersebut. - Gambar Bernama
SEREMBAN: Pejabat Pembangunan Negeri (PPNNS) Negeri Sembilan menyenaraikan sejumlah 157 projek dengan kos keseluruhan RM4.49 bilion masih berada di bawah status prapelaksanaan yang melibatkan pelbagai kementerian.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, susulan itu semua jabatan dan agensi di bawah kementerian terlibat digesa lebih serius dan memantau secara proaktif berhubung perkara tersebut, khususnya bagi projek yang telah lama diluluskan dalam Rolling Plan di negeri ini.
"Setiap jabatan dan agensi terlibat perlu mengambil tindakan segera supaya semua projek serta program di peringkat prapelaksanaan dapat dilaksanakan secepatnya dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) yang bakal berakhir kurang 24 bulan pada tahun depan.
"Ini bagi memastikan objektif pelaksanaan RMK12 dapat dicapai, seterusnya membawa manfaat kepada pertumbuhan sosioekonomi rakyat di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg), di sini, pada Isnin.
Dalam pada itu, menurutnya, kerajaan negeri turut mengesan empat projek sakit antaranya melibatkan isu pengambilan tanah yang memerlukan masa, bagaimanapun urusan tersebut sedang dilaksanakan.
Beliau berkata, pada tahun ini, kerajaan Persekutuan meluluskan 280 projek serta program pembangunan untuk dilaksanakan menerusi Rolling Plan 4 (RP4) RMK12 dengan kos keseluruhan RM9.94 bilion dan daripada jumlah itu RM1.16 bilion di salurkan kepada 21 kementerian.
Aminuddin berkata, projek dan program yang diluluskan merangkumi 81 projek baharu dan 199 projek sambungan daripada Rolling Plan sebelum ini. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#PPNNS
#projek sakit
#MTPNg
#kos keseluruhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan