awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

16 individu leka berjudi ditahan, dikompaun di Port Dickson

Bernama
Bernama
21/08/2021
15:15 MYT
16 individu leka berjudi ditahan, dikompaun di Port Dickson
Aidi Sham berkata kesemua individu turut dikompaun RM2,000 setiap seorang mengikut Ordinan Darurat 2021. - BERNAMA
SEREMBAN: Polis menahan 16 individu termasuk dua warga emas yang leka berjudi dalam serbuan di sebuah rumah di Kuala Lukut, Port Dickson dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata mereka yang berumur lingkungan 16 hingga 73 tahun itu ditahan pada kira-kira 9 malam oleh sepasukan anggota Cawangan D7 Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson.
Beliau berkata ketika serbuan, kumpulan yang terdiri daripada 10 lelaki dan enam perempuan sedang duduk mengelilingi sebuah meja dan leka bermain judi jenis 'holokoi' di bahagian dapur di rumah yang tidak berkunci itu.
"Dalam serbuan itu, polis turut merampas beberapa barangan termasuk plastik kanvas tertera antaranya gambar duit syiling, ayam dan ketam, piring kecil serta wang tunai berjumlah RM11,376," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Aidi Sham berkata kesemua individu turut dikompaun RM2,000 setiap seorang mengikut Peraturan Pencegahan Kawalan Penyakit Berjangkit (Ordinan Darurat 2021) kerana tiada penjarakan fizikal dan menganjurkan perjudian.
Beliau berkata semakan mendapati tiga daripada mereka yang berumur lingkungan 21 hingga 40 tahun memiliki rekod jenayah dan dadah.
Katanya kesemua suspek dan bahan rampasan dibawa ke IPD Port Dickson untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#judi
#Ordinan Darurat
#Kuala Lukut
#Port Dickson
#holokoi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan