MALAYSIA

16 lagi kluster baharu COVID-19 dikenal pasti

Astro Awani 08/05/2021 | 13:05 MYT
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 16 lagi kluster baharu COVID-19. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 16 lagi kluster baharu COVID-19 pada hari ini.

Setakat ini sejumlah 1,346 kluster telah tamat dan 429 kluster masih aktif.

Berikut perincian 16 kluster baharu:

1. Kluster Jalan Lima Puluh Satu
* Melibatkan daerah Petaling (Selangor)
* 52 individu disaring, 19 dikesan positif

2. Kluster Jalan Padang Golf
* Melibatkan daerah Petaling (Selangor)
* Kes dilapor positif 3 Mei
* 60 individu disaring, 11 dikesan positif

3. Kluster Jalan Stadium 2
* Melibatkan daerah Lembah Pantai, Cheras, Titiwangsa, Kepong, Hulu Langat, Petaling, Kuala Langat dan Kuala Selangor (Selangor dan Kuala Lumpur)
* Kes dilapor positif 26 April
* 85 individu disaring, 18 dikesan positif

4. Kluster Pasar Borong KL 3
* Melibatkan daerah Kepong dan Titiwangsa (Kuala Lumpur)
*Kes dilapor positif 27 April
* 398 individu disaring, 17 dikesan positif

5. Kluster Kampung Kebun Sayur
* Melibatkan daerah Muar (Johor)
* 152 individu disaring, 29 dikesan positif

6. Kluster Jalan Mawar 20
* Melibatkan daerah Johor Bahru (Johor)
* Kes dikesan positif 7 Mei
* 119 individu disaring, 7 dikesan positif

7. Kluster Jalan Desaru
* Melibatkan daerah Kota Tinggi (Johor)
* Kes dikesan positif 7 Mei
* 122 individu disaring, 19 dikesan positif

8. Kluster Lorong Kubor
* Melibatkan daerah Pasir Mas (Kelantan)
* Kes dikesan positif 2 Mei
* 59 individu disaring, 16 dikesan positif

9. Kluster Bechah Palas
* Melibatkan daerah Pasir Mas (Kelantan)
* Kes dikesan positif 11 April
* 81 individu disaring, 51 dikesan positif

10. Kluster Dah Putih
* Melibatkan daerah Kota Setar, Kuala Muda dan Kubang Pasu (Kedah)
* Kes dikesan positif 3 Mei
* 56 individu disaring, 42 dikesan positif

11. Kluster Rantau Siantan
* Melibatkan daerah Temerloh, Maran, Kuantan dan Jerantut (Pahang)
* Kes dikesan positif 30 April
* 101 individu disaring, 15 dikesan positif

12. Kluster Keramat
* Melibatkan daerah Semporna (Sabah)
* Kes dikesan positif 6 Mei
* 87 individu disaring, 9 dikesan positif

13. Kluster Jalan Era
* Melibatkan Seremban (Negeri Sembilan)
* Kes dikesan positif 28 April
* 247 individu disaring, 79 dikesan positif

14. Kluster Jalan Limbungan Jaya
* Melibatkan Melaka Tengah (Melaka)
* Kes dikesan positif 25 April
* 53 individu disaring, 10 dikesan positif

15. Kluster Jelalong
* Melibatkan daerah Bintulu dan Sebauh (Sarawak)
* Kes dikesan positif 9 April
* 198 individu disaring, 22 dikesan positif

16. Kluster Jalan Batu Maung
* Melibatkan daerah Barat Daya (Pulau Pinang)
* Kes dikesan positif 4 Mei
* 125 individu disaring, 12 dikesan positif

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.



#kluster #COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #Ketua Pengarah Kesihatan #KKM #Malaysia #kerajaan