awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

16 lelaki ceroboh DUN Pulau Pinang didenda

Bernama
Bernama
11/03/2015
08:23 MYT
16 lelaki ceroboh DUN Pulau Pinang didenda
Pada Jun tahun lepas, dakwaan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.
Lima belas lelaki masing-masing didenda RM1,500 setiap seorang atau penjara dua bulan dan seorang tertuduh didenda RM1,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini kerana menceroboh Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Mei tahun lepas.
Mereka ialah Datuk Mohd Ridzwan Bakar, 54; Hisham Ahmad Sabri, 43; Afriz Mohd Noor, 36; Rosesarwandi Saad @ Yaacob, 33; Mohd Rizuad Mohd Azudin, 37; Hisham Abdul Hamid, 38; Mohd Nashrol Hisham Abdullah, 38; Azmeal Abu Bakar, 42; Mohd Yusmadi Mohd Yusof, 34; Mohamad Hilmie Ibrahim, 37; Jasmin Noordin, 40; Nordin Wahab, 41; Mohamed Ghani Abd Jiman, 48; Wan Abidin Zain, 51; Mohamed Ibrahim A. Siahoo, 31; dan Wan Norazman Ariffin, 41.
Kesemua mereka mengaku bersalah hari ini di hadapan Majistret Catherine Nicholas selepas ditawarkan pertuduhan alternatif di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mereka didakwa menceroboh DUN itu pada 1.30 tengah hari, 21 Mei tahun lepas dengan niat hendak menggusarkan Setiausaha Dewan, M. Maheswari.
Pada Jun tahun lepas, dakwaan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Razali Che Ani dan 15 tertuduh pertama diwakili peguam Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos manakala Wan Norazman diwakili peguam Rosli Ismail.
Topic Berkaitan
#ceroboh
#denda
#DUN
#lelaki
#mahkamah
#mohd ridzwan bakar
#pulau pinang
#yusmadi yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan