awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

16 Okt pendengaran injunksi anak Taib Mahmud terhadap ibu tiri

Bernama
Bernama
04/09/2023
04:56 MYT
16 Okt pendengaran injunksi anak Taib Mahmud terhadap ibu tiri
Mahkamah Tinggi Kuching menetapkan 16 Okt untuk pendengaran permohonan injunksi yang difailkan bekas Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib terhadap ibu tirinya, Toh Puan Raghad Kurdi Taib. - Gambar fail
KUCHING: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 16 Okt untuk pendengaran permohonan injunksi yang difailkan bekas Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib terhadap ibu tirinya, Toh Puan Raghad Kurdi Taib.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Alexander Siew How Wai menetapkan tarikh itu bagi permohonan berkenaan yang turut menamakan RHB Bank Berhad sebagai defendan kedua dalam tuntutan.
Mahkamah juga memerintahkan kedua-dua pihak memfailkan penghujahan mereka sebelum 18 Sept.
Sulaiman yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Cahya Mata Sarawak Berhad diwakili oleh peguam Alvin Chong dan Jonathan Tay, manakala Raghad diwakili oleh Alvin Yong dan enam peguam lagi dalam kes berkenaan.
RHB Bank Berhad pula diwakili oleh Tan Kee Heng dan Lesley Ling Lyn.
Media sebelum ini melaporkan Sulaiman memohon injunksi berhubung pemindahan saham sebuah syarikat swasta kepada Raghad.
Sulaiman adalah anak lelaki kedua Abdul Taib menerusi perkahwinan pertama beliau dengan Toh Puan Laila Taib, yang meninggal dunia pada 29 April 2009.
Abdul Taib berkahwin dengan Raghad pada 18 Dis 2010. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#injuksi anak Taib Mahmud
#Sulaiman Abdul Rahman Taib
#Raghad Kurdi Taib
#pemindahan saham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan