MALAYSIA
16 pegawai polis berlepas ke Sudan Selatan sertai misi pengaman PBB
Ahmad Dzaffir, bersama 16 anggota PDRM pada Majlis Pelepasan Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah PDRM ke UNMISS di KLIA Terminal 1, hari ini. - Gambar Bernama
SEPANG: Sebanyak 16 Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis akan berlepas ke Sudan Selatan malam ini, bagi menyertai misi pengaman di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang turut dikenali sebagai Misi Pengaman PBB di Sudan Selatan (UNMISS) selama setahun.
Ringkasan AI
Delegasi yang disertai 10 pegawai kanan dan enam pegawai rendah itu dipimpin Ketua Kontinjen Kumpulan DSP Chan Yew Hiok dan dibantu Timbalan Ketua Kontinjen DSP Ahmad Suhaili Abu Bakar.
Timbalan Pengarah Pengurusan Bukit Aman (Pentadbiran) Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata kesemua 16 anggota itu akan bertugas selama setahun di Sudan Selatan.
Beliau berkata pemilihan anggota untuk menyertai UNMISS adalah kepercayaan antarabangsa terhadap keupayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai sebuah pasukan keselamatan yang berwibawa, berintegriti dan berdisiplin.
"Sesungguhnya penugasan ini bukan sekadar satu tugasan operasi di luar negara tetapi adalah misi diplomasi keselamatan, misi kemanusiaan dan misi keamanan sejagat," katanya pada Majlis Atur Gerak UNMISS di sini hari ini.
Ahmad Dzaffir berkata anggota yang menyertai UNMISS akan berperanan sebagai Pegawai Polis Individu (IPO), yang tidak hanya bertugas untuk menjaga keselamatan awam tetapi berfungsi sebagai penasihat, mentor dan pemudah cara kepada Perkhidmatan Polis Kebangsaan Sudan Selatan dalam usaha membina semula institusi kepolisan yang profesional, berintegriti dan dihormati rakyat.
Beliau berkata di negara yang sedang berdepan dengan pascakonflik, kepolisan tidak boleh berteraskan kekerasan semata-mata, sebaliknya mesti berpaksikan kepada kepercayaan, legitimasi dan keadilan.
"Justeru, anda (peserta misi) memainkan peranan penting dalam membantu reformasi institusi kepolisan, memperkasakan penguatkuasaan undang-undang berasaskan hak asasi manusia dan memperkukuh perlindungan orang awam, khususnya golongan rentan seperti wanita, kanak-kanak dan komuniti terpinggir.
"Inilah nilai sebenar misi pengaman yang bukan sekadar mengekang konflik tetapi membina asas keamanan yang mampan untuk generasi masa hadapan," katanya.
Ahmad Dzaffir turut mengingatkan anggota misi supaya menjaga diri, nama baik PDRM dan negara serta sentiasa berdisiplin dan berintegriti semasa menjalankan tugas.
Delegasi itu terdiri daripada ASP Abdul Hakim Hussein, ASP Tina Manchu, ASP Zaitul-Najahah Abd Patah, ASP Zarina Yahya, Insp Muhamad Amirul Asraf Mohd Sharif, Insp Ahmad Zulhilmi Kamarudin, Insp M. Maheswaran, Insp D. Marzammutu, Sub Insp Putri Leila Raha Azil, Sjn Mejar (SM) Collin Maxwell, SM Abdul Rahman Mohd Mustaffa, Sjn Md Zulaizi Md Usof, Sjn Lee Chong Seng dan Sjn Stephen Lachamanaidu.
Sementara itu, Chan yang pertama kali menyertai misi pengaman di luar negara berkata beliau akan berusaha membantu dan menyantuni wanita yang terjejas akibat konflik di negara itu.
"Saya mempunyai pengalaman dalam menjaga wanita, terutama dalam kes seksual. Jadi, saya rasa saya akan menggunakan pengalaman itu untuk membantu mereka melakukan yang terbaik.
"Motivasi saya untuk menyertai misi ini adalah membuktikan wanita boleh ke depan untuk berkhidmat kepada masyarakat dengan lebih bangga terutamanya membantu wanita dan kanak-kanak," katanya.
Tina, yang bertugas di Ibu Pejabat Kontinjen Sarawak berkata matlamatnya pada misi itu adalah untuk membantu membangunkan negara itu dari segi penguatkuasaan undang-undang serta berkongsi nikmat keamanan negara kepada penduduk.
"Saya percaya apa yang kita ada di Malaysia, apa yang kita ada di sini, keamanan yang kita rasa di Malaysia ini, ia harus dikongsi dengan negara lain," katanya.
Penglibatan PDRM secara aktif dalam misi pengaman PBB bertitik tolak daripada penghantaran 14 warga PDRM ke Misi Angola sejak 1991 seterusnya Misi Darfur (2008) dan UNMISS (2011) tertakluk atas permintaan PBB.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Sebanyak 16 Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis akan berlepas ke Sudan Selatan malam ini bagi menyertai Misi Pengaman PBB di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selama setahun, dipimpin oleh Ketua Kontinjen DSP Chan Yew Hiok dan Timbalan Ketua Kontinjen DSP Ahmad Suhaili Abu Bakar.
- Delegasi PDRM akan berperanan sebagai Pegawai Polis Individu (IPO) dalam membantu reformasi institusi kepolisan di Sudan Selatan, memperkasakan penguatkuasaan undang-undang berasaskan hak asasi manusia, dan memperkukuh perlindungan golongan rentan seperti wanita, kanak-kanak, dan komuniti terpinggir.
- Penglibatan PDRM dalam UNMISS menunjukkan keupayaan PDRM sebagai pasukan keselamatan yang berwibawa dan berintegriti, serta menekankan nilai misi diplomasi keselamatan, kemanusiaan, dan keamanan sejagat yang bukan sekadar mengekang konflik tetapi membina asas keamanan yang mampan untuk generasi masa hadapan.