MALAYSIA
16 penyelidik terpilih menerima geran penyelidikan MASA
Selaras dengan misinya sebagai pusat pemikir nasional, MASA akan terus memperkukuh kerjasama strategik dalam memperkaya agenda penyelidikan dan pembangunan dasar negara.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 16 kertas cadangan telah terpilih daripada 145 cadangan yang diterima daripada para penyelidik dan akademik mewakili 26 institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) seluruh negara, bagi menyertai Program Pembangunan Dasar MASA Kohort-3 (MPDP 3.0).
Program anjuran Institut Masa Depan Malaysia (MASA) ini merupakan kesinambungan daripada kejayaan dua kohort terdahulu yang telah menghasilkan 57 kertas dasar berkualiti tinggi, dengan fokus kepada penyelesaian isu-isu kritikal dalam konteks pemulihan dan pembangunan ekonomi negara.
MPDP 3.0 memperkenalkan pendekatan yang lebih strategik dan berimpak tinggi, dengan tema utama “Pemerkasaan Bumiputera dan Kemakmuran Bersama”.
Setiap penyelidikan terpilih akan menerima geran sehingga RM10,000, bertujuan menambah nilai kepada dasar sedia ada serta berfungsi sebagai mekanisme semak dan imbang bagi memastikan keberkesanan pelaksanaannya.
MASA, sebagai pusat penyelidikan dasar yang berwibawa, terus memainkan peranan penting dalam menyokong penghasilan kajian berimpak tinggi yang menyumbang secara langsung kepada pembangunan sosioekonomi negara.
Penyelidikan yang dijalankan menerusi MPDP sebelum ini merangkumi pelbagai bidang strategik seperti:
- Kemiskinan multidimensi
- Pendidikan kumpulan B40
- Perancangan bandar lestari untuk komuniti berpendapatan rendah
- Keterangkuman wilayah di Sabah dan Sarawak
- Model perusahaan sosial untuk PMKS
- Potensi ekonomi hijau dan sekuriti makanan
- Pemerkasaan sektor ekopelancongan
- Perubahan iklim dan kesiapsiagaan kesihatan
- Mengatasi keciciran pembelajaran
- Pemacuan pertumbuhan perniagaan
- Perumahan mampu milik dan perlindungan sosial
Inisiatif ini mencerminkan aspirasi yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri ke-8 merangkap Pengerusi MASA, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan selaras dengan sasaran Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
MASA turut menegaskan komitmennya untuk memperkukuh kerjasama strategik dalam memperkaya agenda penyelidikan dan pembangunan dasar negara. Hasil kajian daripada MPDP 3.0 dijangka menyumbang secara signifikan kepada pembangunan ekonomi Bumiputera dan negara secara keseluruhan.
Senarai penuh penerima boleh dilayari di https://institutmasa.com/ms/program-pembangunan-dasar-masa-3-0/