MALAYSIA
16 tahun saksi kebaikan, kemurahan hati suami - Zizie Izette
Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad (kiri), ketika hadir pada upacara memandikan dan menunaikan solat jenazah Allahyarham di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu hari ini. - Foto Bernama
SHAH ALAM: Isteri Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, sempat berkongsi satu hantaran penuh emosi di Instagram mengenai keperibadian Ahli Parlimen Kinabatangan itu.
Ringkasan AI
Dalam perkongsian tersebut, Zizie Izette, 47, meluahkan mengenai keperibadian murni suaminya yang tidak diketahui ramai.
“Mereka mungkin tidak tahu hatinya, tetapi saya tahu. Selama 16 tahun saya menyaksikan kebaikannya, kemurahan hatinya, dan kasih sayangnya terhadap orang ramai.
“Tolong doakan dia,” katanya dalam hantaran terakhir yang dimuat naik sebelum negara dikejutkan dengan berita pemergian Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu.
Hantaran tersebut turut disertakan dengan video kenangan Bung Moktar bersama anak-anak mereka.
Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 2009.
Allahyarham Bung Moktar menghembuskan nafas terakhir pada 5 Disember 2025, jam 1.46 pagi ketika menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu, selepas mengalami kegagalan fungsi buah pinggang dan jangkitan teruk pada paru-paru.
Pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag yang berusia 66 tahun itu disahkan oleh anaknya, Naim Kurniawan Moktar menerusi hantaran di Facebook. -- Sinar Harian
Ringkasan AI
- Datin Seri Zizie Izette berkongsi hantaran emosional di Instagram mengenai keperibadian suaminya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang menggambarkan kebaikan, kemurahan hati, dan kasih sayang beliau terhadap orang ramai.
- Hantaran tersebut disertakan dengan video kenangan Bung Moktar bersama anak-anak mereka, menunjukkan sisi kehidupan keluarga yang mesra.
- Pemergian Allahyarham Bung Moktar pada 5 Disember 2025 disebabkan oleh kegagalan fungsi buah pinggang dan jangkitan paru-paru yang teruk, meninggalkan sebuah kekosongan dalam politik Sabah dan kesedihan dalam kalangan rakyat.