[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
MALAYSIA

164 pegawai dan anggota polis kawal trafik sempena LTdL 2025

Bernama 23/09/2025 | 21:40 MYT
Perlumbaan bermula di Langkawi, Kedah dan berakhir di Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, melibatkan 132 pelumba daripada 22 pasukan merentasi beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menugaskan 164 pegawai dan anggota bagi memastikan trafik lancar sepanjang perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 edisi ke-29, bermula 28 Sept hingga 5 Okt ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata mereka akan ditempatkan di setiap laluan utama serta kawasan bandar yang terlibat dalam lapan peringkat perlumbaan.

Beliau berkata penutupan jalan secara sementara dan berperingkat akan dilaksanakan di semua laluan utama selain lencongan jalan dengan bantuan papan tanda serta polis trafik.

"Orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

"Orang ramai yang ingin menyaksikan perlumbaan diminta untuk sentiasa mematuhi arahan petugas keselamatan dan tidak berada terlalu dekat dengan laluan perlumbaan bagi mengelakkan risiko kemalangan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mohd Yusri berkata perlumbaan bermula di Langkawi, Kedah dan berakhir di Menara Berkembar Petronas di sini, melibatkan 132 pelumba daripada 22 pasukan merentasi beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.

JSPT turut menyeru masyarakat agar memberikan kerjasama padu bagi memastikan kelancaran acara sukan bertaraf antarabangsa itu.


Berikut senarai laluan rasmi perlumbaan:


Peringkat 1

Tarikh: 28 Sept

Laluan: Langkawi (Padang Mat Sirat)



Peringkat 2

Tarikh: 29 Sept

Laluan: Padang Besar-Kepala Batas



Peringkat 3

Tarikh: 30 Sept

Laluan: Gerik-Pasir Puteh



Peringkat 4

Tarikh: 1 Okt

Laluan: Kuala Terengganu-Kemaman



Peringkat 5

Tarikh: 2 Okt

Laluan: Temerloh-Bukit Fraser



Peringkat 6

Tarikh: 3 Okt

Laluan: Shah Alam-Port Dickson



Peringkat 7

Tarikh: 4 Okt

Laluan: Melaka-Medini (Johor)



Peringkat 8

Tarikh: 5 Okt

Laluan: Tangkak-Kuala Lumpur (Menara Berkembar Petronas)



-- BERNAMA






#anggota polis #LTdL 2025 #Le Tour de Langkawi #perlumbaan berbasikal