AYER KEROH:Seramai 17 individu termasuk sekumpulan penjawat awam masing-masing dikenakan kompaun RM1,000 kerana melakukan aktiviti joging di Hutan Rekreasi Sungai Udang, Melaka, pada petang Ahad.
Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, semua individu berusia antara 13 hingga 41 tahun itu dikompaun di bawah Peraturan 10, Perintah Kawalan Pergerakan dan Penyakit Berjangkit 2021.
Beliau berkata, dalam kejadian sekitar jam 6 petang semalam, sepasukan pemantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 sedang melakukan rondaan, sebelum mendapati kira-kira 36 individu sedang melakukan aktiviti joging di kawasan berkenaan.
Bagaimanapun ujarnya, 19 individu berjaya melarikan diri bagi mengelak dikenakan kompaun meskipun mereka sedia maklum semua taman rekreasi di negeri ini tidak boleh beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Dekat taman tu awalnya kita hendak tahan 36 orang, tetapi kita berjaya kompaun 17 sahaja, disebabkan dalam tempoh campur tangan tu, 19 lagi lari.
“Dalam usaha yang kita sama-sama nak mengekang COVID-19 ni, di Melaka khususnya, episod macam ni tak sepatutnya berlaku.
“Saya ingin menegaskan sekali lagi, sebagai penguatkuasa, saya dan pegawai saya berpegang kepada rule of law, perlembagaan dan undang-undang yang ada dan kita akan jalankan amanah sepenuhnya untuk laksanakan undang-undang ini kerana kita bersama-sama Kerajaan Negeri Melaka bersama Ketua Menteri untuk kurangkan COVID-19 di Melaka ni,” ujar Abdul Majid.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka pada Isnin.
Sebelum ini, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan taman awam di kawasan PKP ditutup dan tiada sebarang aktiviti sukan atau riadah dibenarkan sepanjang tempoh perintah itu.
Bagaimanapun aktiviti riadah seperti joging dan berbasikal hanya boleh dilakukan di kawasan kejiranan sahaja dan terhad kepada dua orang satu rumah.
Mengulas lanjut, ujar Abdul Majid, memandangkan arahan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) itu bukan sesuatu yang baharu, pihak polis tidak akan lagi berkompromi dengan mana-mana individu yang cuba melanggar perintah berkenaan.
Katanya, ia termasuk campur tangan mana-mana ahli politik mahupun orang kenamaan.
Shuhada Abdul Kadir
Mon Jan 25 2021
Aktiviti riadah seperti joging dan berbasikal hanya boleh dilakukan di kawasan kejiranan sahaja dan terhad kepada dua orang satu rumah. - Gambar hiasan
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Lelaki cedera ditetak dalam cubaan samun ketika joging
Menurut ACP Mohd Iqbal Ibrahim, pihaknya menerima laporan daripada kakak mangsa pada sebelah malam.
PKP: Joging, berbasikal, senaman kini dibenarkan mulai 8 Mei
Aktiviti sukan dan rekreasi di kawasan terbuka tanpa bersentuhan dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1.5 meter kini boleh dijalankan bermula 8 Mei.
PKP 2.0: Aktiviti sukan persendirian termasuk golf, badminton, gimnasium dibenarkan bermula esok
Kerajaan bersetuju membenarkan beberapa aktiviti sukan setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal MKN.
17 individu di Melaka dikompaun gara-gara berjoging di taman awam
Semua taman awam di kawasan PKP ditutup dan tiada sebarang aktiviti sukan atau riadah dibenarkan sepanjang tempoh perintah itu.
PKPB: Taman awam, fasiliti sukan seliaan DBKL ditutup kepada awam
Semua taman awam di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ditutup kepada orang awam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai hari ini hingga 27 Okt.
Datuk antara enam suspek kes culik, bunuh ahli perniagaan dituduh hari ini
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, salah seorang daripada suspek merupakan individu dengan gelaran Datuk.
Anda mahu bersenam ketika berpuasa? Ini panduan perlu anda amati
Bersenam ketika berpuasa perlu mengikut kaedah yang betul agar ia tidak membawa kesan negatif terhadap tahap kesihatan badan kita.
Individu dari Zon Merah, pulang dari luar negara masuk ke Perlis diwajib jalani kuarantin
Beliau berkata langkah itu diambil bagi mengekalkan Perlis sebagai negeri Zon Hijau.
Apa yang perlu anda tahu jika ingin beriadah ketika PKPB
Apapun yang anda ingin lakukan, anda masih tertakluk kepada syarat-syarat tertentu ketika PKPB dilaksanakan untuk memastikan anda sentiasa selamat.
Bermain bola sepak dan berjoging ketika PKP, tujuh individu ditahan
Kesemua individu terbabit ditahan ketika sedang bermain bola sepak dan berjoging di sebuah padang di Pulau Tikus kira-kira jam 6.30 petang.