[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

17 maut dalam nahas bas di timur Brazil

Bernama 25/11/2024 | 03:23 MYT
Kerajaan tempatan berikrar untuk memberikan bantuan kepada keluarga mangsa dan mengisytiharkan tempoh berkabung selama tiga hari. - Gambar hiasan
SAO PAULO: Seramai 17 orang maut manakala lebih 20 lagi cedera selepas sebuah bas terjatuh ke dalam gaung di Alagoas, timur Brazil pada Ahad, menurut pihak berkuasa tempatan.
Bas yang membawa 40 penumpang itu dilaporkan hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam gaung di kawasan pergunungan daerah Uniao dos Palmares, lapor Xinhua memetik kenyataan jabatan bomba.
Kerajaan tempatan berikrar untuk memberikan bantuan kepada keluarga mangsa dan mengisytiharkan tempoh berkabung selama tiga hari.
Punca kejadian masih dalam siasatan.
-- BERNAMA
#Brazil #bas jatuh dalam gaung #berkabung #bantuan