awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

17 positif COVID-19, SMK Seremban 2 ditutup

Bernama
Bernama
23/04/2021
12:56 MYT
17 positif COVID-19, SMK Seremban 2 ditutup
SMK Seremban 2 ditutup tujuh hari bermula hari ini hingga 29 April. - Bernama
SEREMBAN: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seremban 2 di sini ditutup tujuh hari bermula hari ini hingga 29 April berikutan 17 warganya disahkan positif COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan Datuk Mohamad Rafie Ab Malek berkata kesemua individu berkenaan disahkan positif semalam selepas menjalani ujian saringan yang dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) pada 20 April lepas.
"Susulan itu, Pejabat Kesihatan Daerah meminta Pejabat Pendidikan Daerah untuk menutup sekolah berkenaan dan ia telah dilaksanakan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata seramai 179 individu dari Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu dikuarantin di pusat kuarantin Institut Aminuddin Baki dan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Nilai selepas tiga warganya disahkan positif COVID-19.
Bagaimanapun, beliau berkata keadaan terkawal dan sekolah berkenaan tidak ditutup.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#SMK Seremban 2
#pelajar
#guru
#ditutup
#kes positif
#Mohamad Rafie Ab Malek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan