awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

17 premis makanan kotor di Kelantan diarah tutup

Bernama
Bernama
05/07/2022
09:41 MYT
17 premis makanan kotor di Kelantan diarah tutup
Dr Izani berkata berdasarkan data JKNK pada tahun ini, didapati 75 peratus premis dikategorikan Gred A, 23 peratus Gred B dan dua peratus Gred C. - Gambar fail
KOTA BHARU: Sebanyak 17 daripada 4,097 premis makanan di Kelantan diarahkan tutup setakat ini berikutan gagal mematuhi peraturan kebersihan dari segi aspek penyediaan dan penyimpanan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin berkata berdasarkan data Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) pada tahun ini, didapati 75 peratus premis dikategorikan Gred A, 23 peratus Gred B dan dua peratus Gred C.
"Kita juga mendapati sejak tiga tahun lepas sehingga kini, sebanyak 1,079 kes keracunan direkodkan antaranya melibatkan kantin dan dapur asrama sekolah serta institusi pengajian tinggi.
"Kerajaan negeri memandang serius kejadian kes keracunan makanan dan kita menyokong sepenuhnya pelaksanaan penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dengan harapan dapat meningkatkan tahap kesedaran pengusaha dan pengendali makanan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia Peringkat Negeri Kelantan, di sini hari ini.
Dr Izani turut berharap supaya JKNK mengadakan pemeriksaan terhadap penjaja di tepi jalan kerana rata-rata mereka melakukan penyediaan makanan di rumah dan tahap kebersihan yang diamalkan amat diragui.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kelantan
#premis makanan kotor
#diarah tutup
#kedai makan kotor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan