awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu Ziana, Anuar Zain meninggal dunia
Venus Williams, Andrea Preti rai perkahwinan dengan sambutan kedua
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

17 rumah rosak dilanda ribut di Pekan

Bernama
Bernama
22/05/2017
08:49 MYT
17 rumah rosak dilanda ribut di Pekan
Keadaan itu menyebabkan 17 keluarga terpaksa ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara. - Gambar fail
Sebanyak 17 rumah penduduk Taman Dato' Shahbandar serta kawasan Benta Jambu dekat sini rosak teruk apabila kawasan itu dilanda ribut petang semalam.
Kejadian pada 4 petang itu bermula dengan angin kuat diikuti hujan lebat sehingga kebanyakan atap rumah penduduk terlibat berterbangan menyebabkan kerosakan harta benda dalam rumah.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Banjir daerah Datuk Ali Syahbana Sabaruddin berkata, keadaan itu menyebabkan 17 keluarga terpaksa ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara.
"Dua pusat berkenaan ialah Pejabat Kemas Daerah Pekan yang menempatkan enam keluarga, manakala selebihnya berada di pusat pemindahan Rumah Umno Kampung Benta.
"Kesemuanya melibatkan seramai 92 mangsa yang kini masih berada di pusat pemindahan setakat 12 tengah hari ini dan usaha membantu membaiki rumah mangsa masih dalam perbincangan dan penilaian," katanya ketika dihubungi Bernama.
Angin kencang dan hujan lebat petang semalam turut merosakkan bumbung garaj Masjid Taqwa di sini, selain kerosakan kecil pada gerai peniaga di sekitar kawasan Peramu. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ali Syahbana Sabaruddin
#Pejabat Kemas Daerah Pekan
#Pekan
#ribut
#Rumah Umno Kampung Benta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan