DUNIA
17 tebusan Thailand selamat tiba di tanah air

Rakyat Thailand yang dibebaskan dari Semenanjung Gaza selepas dijadikan tebusan oleh Hamas keluar dari Pusat Perubatan Shamir, di Be'er Ya'akov, 29 Nov 2023. - REUTERS
BANGKOK: Seramai 17 tebusan yang diculik dan ditahan selama berminggu-minggu oleh pejuang Hamas di Genting Gaza, dijangka akan kembali ke pangkuan keluarga masing-masing di lapangan terbang Bangkok pada Khamis.
Puluhan ribu rakyat Thailand dilaporkan bekerja di Israel dalam sektor pertanian semasa Hamas menyerbu sempadan pada 7 Oktober lalu dan menculik 240 orang tebusan.
Sekurang-kurangnya 32 warga negara itu diculik Hamas, dengan Kementerian Luar Bangkok dan kumpulan Muslim Thailand telah berusaha melakukan rundingan untuk membebaskan mereka.
Pada Khamis, kira-kira jam 3 petang (waktu tempatan), seramai 17 orang dijangka mendarat di lapangan terbang Suvarnabhumi, Bangkok selepas beberapa minggu berada dalam tahanan.Kira-kira 10 orang daripada kumpulan itu sudah dibebaskan pada Jumaat lalu ketika gencatan senjata api Hamas-Israel bermula yang diuruskan Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat. - Agensi/Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami