KUALA TERENGGANU: Polis menahan 17 individu termasuk dua remaja bawah umur kerana menyertai parti liar di sebuah inap desa di Kuala Nerus, tengah malam semalam.
Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata dalam kejadian kira-kira 12.15 tengah malam itu, melibatkan 13 lelaki dan empat perempuan termasuk dua remaja bawah umur berusia 16 hingga 25 tahun.
Katanya, semasa serbuan dilakukan kesemua suspek berada dalam keadaan khayal dipercayai di bawah pengaruh dadah sehingga tidak menyedari kehadiran pihak polis.
"Hasil pemeriksaan menyeluruh di dalam rumah tersebut, polis menemukan serbuk ketulan kristal yang disyaki dadah jenis syabu yang dianggarkan seberat 50 gram dan pil ekstasi berjumlah 24 biji yang dianggarkan seberat 9.3 gram.
"Semua dadah ini digunakan untuk berkhayal dan berhibur dengan memasang muzik yang kuat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Rohaimi berkata hasil ujian saringan air kencing ke atas kesemua suspek mendapati 16 daripadanya positif dadah jenis methamphetamine termasuk dua remaja bawah umur.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 39B, 39A (1) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 serta Peraturan 17 Akta Peraturan Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB 2021) kerana kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP)," katanya.
Bernama
Thu Aug 12 2021
Rohaimi berkata, semasa serbuan dilakukan kesemua suspek berada dalam keadaan khayal dipercayai di bawah pengaruh dadah sehingga tidak menyedari kehadiran pihak polis. - Gambar fail
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Disangka bau bangkai tikus, rupanya mayat
Misteri bau busuk yang menyelubungi penduduk di Taman Permint Perdana, Seberang Takir akhirnya terjawab selepas penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan terbaring.
Lelaki tikam wanita di kedai dobi layan diri diberkas
Lelaki yang disyaki menikam seorang wanita dengan menggunakan senjata tajam di kedai dobi di Kuala Nerus Sabtu lepas, berjaya diberkas polis.
Anwar santuni rakyat di bazar Ramadan Gong Badak
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa mengunjungi serta menyantuni rakyat di Bazar Ramadan Gong Badak, di Kuala Nerus.
Lelaki cedera parah di kedua-dua tangan akibat mercun diubah suai
Abang mangsa yang terdengar bunyi letupan kuat berdekatan rumahnya menyangka terdapat pergaduhan dan terus menghubungi polis.
Empat kanak-kanak cedera bakar mercun yang diubah suai
Empat kanak-kanak cedera akibat terkena letupan mercun yang diubah suai dalam kejadian di Kuala Nerus, Selasa lepas.
Adik Raisya sudah tiada
Kanak-kanak perempuan yang menderita kanser saraf tahap empat, Nik Raisya Aulia Nik Rashimie Bukhari, 5, meninggal dunia pada Khamis.
PRU15: Anak tentera turut 'turun' mengundi
Pelbagai karenah dapat disaksikan, ada yang berlari berkejaran, dan ada juga yang duduk diam bermain gajet diberikan oleh ibu bapa
PRU15: Khairuddin berdepan pertembungan empat penjuru di Kuala Nerus
Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kuala Nerus Ahmad Azizi Zulkifli mengesahkan semua pencalonan diterima, tiada yang ditolak.
Veterinar buka kertas siasatan insiden penemuan 11 bangkai lembu
JPV Terengganu buka satu kertas siasatan berhubung kematian 11 ekor lembu di Kampung Sungai Lekar, Kuala Nerus.
11 bangkai lembu sudah berulat ditemukan di Kuala Nerus
Bangkai 11 ekor lembu dalam keadaan berulat ditemukan di sebuah kawasan terbiar di Kampung Sungai Lekar dipercayai dibuang oleh pihak tidak bertanggungjawab.