KUALA LUMPUR: Sekumpulan 18 anak muda hari ini memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Tinggi bagi mencabar tindakan kerajaan menangguhkan pelaksanaan Undi 18 iaitu langkah menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun dan pendaftaran pengundi automatik (AVR).
Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, ketika membenarkan permohonan kumpulan itu yang mewakili gerakan Undi 18 bagi mengemukakan semakan kehakiman terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), berkata pemohon telah memenuhi kriteria bagi memperoleh kebenaran dan kes itu bukan sesuatu yang remeh atau menjengkelkan.
Beliau berkata oleh itu, mahkamah harus membenarkan isu ini diteruskan ke peringkat yang substantif dan membolehkan responden memberi penjelasan melalui afidavit.
"Saya bersetuju dengan hujah pemohon bahawa pindaan kepada akta dan peraturan yang berkaitan adalah isu kedua yang tidak seharusnya menjadi penghalang kepada pindaan perlembagaan untuk dilaksanakan.
"Pindaan perlembagaan yang menurunkan had umur pengundi daripada 21 kepada 18 tahun telah diluluskan oleh Parlimen dan mendapat perkenan Agong. Isu yang masih tergantung ialah bila ia boleh dilaksanakan," katanya dalam penghakiman bertulis 22 muka surat yang dikeluarkan kepada media hari ini.
Ahmad Kamal berkata berdasarkan Hansard Dewan Rakyat, Perdana Menteri pada 16 Julai 2019 ketika membahaskan pindaan perlembagaan dengan jelas menyatakan bahawa semua undang-undang serta peraturan yang berkaitan perlu dipinda untuk menguatkuasakan Seksyen 3(a) Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 dan Seksyen 3(b) akta sama.
Seksyen 3(a) adalah berkaitan langkah menurunkan had umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun manakala Seksyen 3(b) adalah berkaitan langkah membenarkan pendaftaran pengundi automatik bagi menggantikan sistem sedia ada iaitu rakyat Malaysia perlu memohon untuk mendaftar sebagai pengundi.
Beliau berkata ketiga-tiga responden dikategorikan sebagai pihak berkuasa awam.
"Justeru, pada pandangan saya keputusan responden pertama (Muhyiddin) bagi pihak responden kedua (kerajaan) pada 27 Mac 2021 dalam menerima dan mengesahkan keputusan responden ketiga (SPR) pada 25 Mac 2021 untuk menangguhkan pelaksanaan langkah menurunkan had umur pengundi daripada 21 kepada 18 tahun dari Julai 2021 hingga selepas 1 Sept 2022 adalah satu keputusan yang sah dan mengikat semua pihak yang berkaitan," katanya.
Hakim itu juga berkata Perintah 53 Aturan 2(4) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 menyatakan bahawa mana-mana individu yang terjejas secara advers dengan keputusan mana-mana pihak berkuasa awam berhak mengemukakan permohonan tersebut.
Mahkamah kemudian menetapkan 1 Julai untuk pengurusan kes melalui e-Review.
Kumpulan itu diwakili peguam Datuk S. Ambiga dan Datuk Dr Gurdial Singh Nijar manakala Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan dan Azizan Md Arshad mewakili responden pada prosiding yang berlangsung secara dalam talian.
Pada 2 April lepas, kumpulan anak muda itu yang berusia lingkungan 18 hingga 20 tahun, memfailkan tindakan undang-undang memohon beberapa perintah mahkamah susulan tindakan responden yang menangguhkan pelaksanaan Undi 18.
Menerusi permohonan itu, mereka memohon satu deklarasi bahawa tindakan kerajaan menangguhkan pelaksanaan langkah menurunkan had umur pengundi daripada 21 kepada 18 sebagai tidak rasional, tidak sah, tidak seimbang serta adalah satu bentuk penindasan pengundi.
Mereka turut memohon deklarasi bahawa anak muda yang berusia lingkungan 18 hingga 20 tahun adalah berhak mengundi pada atau sebelum Julai 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 17 2021
Hakim berkata, pemohon telah memenuhi kriteria bagi memperoleh kebenaran dan kes itu bukan sesuatu yang remeh atau menjengkelkan. - Gambar fail
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 26 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Pemikiran dan idealisme anak muda perlu diberi perhatian - PM Ismail Sabri
Pemikiran dan idea golongan muda di negara ini perlu diberikan ruang dalam proses libat urus dalam membangunkan negara.
PRU15: Tidak semua undi Undi 18 ada hak yang sama - Penganalisis
Penganalisis James Chai berkata, pengundi muda mempunyai kuasa undi yang berbeza, bergantung kepada kawasan geografi, atau tempat tinggal mereka.
Jumlah pengundi di Sarawak kini melebihi 1.9 juta
Sarawak melaporkan pertambahan 675,077 jumlah pengundi baharu yang layak mengundi menjadikan jumlah keseluruhan kepada 1,927,750 pada suku keempat 2021.
PRN Johor: Pertama kali mengundi, satu 'milestone' untuk kehidupan - Engku Puteri Arwyn Mysara
Bagi Engku Puteri Arwyn Mysara, 19, pertama kali mengundi merupakan satu 'milestone'dalam hidupnya
Undi18: PBB susun strategi dekati pengundi muda sebagai persiapan hadapi PRU15
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu akan menyusun strategi dan bekerja keras dalam tempoh beberapa bulan akan datang untuk mendekati para pengundi berusia 18 tahun sebagai persiapan menghadapi PRU15.
Pahang lulus pindaan had umur ADUN kepada 18 tahun
DUN Pahang meluluskan pindaan Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang (Bahagian Kedua) (Pindaan) 2021 bagi menurunkan had umur warganegara yang layak menjadi ADUN.
DUN Selangor lulus turun had umur ADUN kepada 18 tahun
DUN Selangor luluskan Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor (Pindaan) 2021 bagi menurunkan had umur seseorang warganegara layak menjadi ADUN daripada 21 tahun kepada 18 tahun.
Pelaksanaan Undi18, pendaftaran automatik akan pengaruhi tindakan ahli politik - Nabil Halimi
Penilaian kritikal anak muda akan membuatkan parti politik lebih cermat dalam memilih dan meletakkan calon mereka.
Penamatan darurat di Sarawak petanda PRN semakin hampir - Jeniri
Penamatan Proklamasi Darurat di Sarawak memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak bakal diadakan dalam masa terdekat.
Undi18 tidak dilaksanakan segera berikutan banyak perkara perlu diselesaikan, COVID-19
Pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun, tidak bermaksud ia akan dilaksanakan segera selepas pindaan itu dilakukan pada 2019.