[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
MALAYSIA

18 ditahan ekoran video melibatkan ahli Geng 24 tular - KPN

Syafique Shuib 21/04/2017 | 05:39 MYT
Ia berikutan dua video yang menunjukkan sekumpulan orang yang menimbulkan kekecohan di luar sekolah di Klang. -Photo: Twitter
Polis telah menahan lapan belas orang atas penglibatan mereka dengan aktiviti Geng 24.
Ia susulan dua video yang memaparkan sekumpulan orang yang menimbulkan kekecohan di luar sebuah sekolah di Klang yang menjadi tular di media sosial.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Twitter berkata 13 pelajar dan 5 bukan pelajar telah ditahan.
Beliau turut memuat naik video berkenaan di Twitter.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Ramai lagi akan ditangkap kerana terlibat dengan Geng 24,” katanya di Twitter.
Video pertama menunjukkan sekumpulan orang menjerit sambil memegang kain rentang tertera ’24’ dan ’TD4’.
Video kedua pula menunjukkan kek beserta tulisan ‘SMK Sri Andalas’, ’24’ dan Apache’.
#Geng 24 #Khalid Abu Bakar