awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

18 individu degil tak pakai pelitup muka antara 68 ditahan - Ismail Sabri

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
16/09/2020
06:48 MYT
18 individu degil tak pakai pelitup muka antara 68 ditahan - Ismail Sabri
Ismail Sabri Yaakob berkata, 18 individu yang berdegil untuk memakai pelitup muka di kawasan awam adalah antara 68 individu yang ditahan. - Gambar hiasan
Seramai 18 individu yang degil tidak memakai pelitup muka di kawasan awam adalah antara 68 individu yang ditahan kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah keseluruhan yang ditahan itu, 66 individu telah dikenakan kompaun menakala dua lagi ditahan reman.
Katanya, antara lain kesalahan ingkar arahan PKPP adalah termasuk tidak mematuhi penjarakan fizikal (enam individu), ingkar perintah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) (21 individu), gagal menyediakan peralatan / merekod butiran diri (18 individu), gagal melunaskan bil kuarantin (tiga individu) dan tangkapan pendatang asing tanpa izin (PATI), dua individu.
"Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 59,899 pemeriksaan semalam (15 September 2020) bagi memantau dan menguat kuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPP," katanya pada kenyataan akhbar di sini, pada Rabu.
Dalam pada itu, Ismail Sabri menjelaskan, task force juga melakukan pemantauan di 3,682 pasar raya, restoran (4,949 premis), penjaja (1,203 premis), kilang (1,345 premis), bank (3,732 premis) dan 928 pejabat kerajaan.
Katanya, pasukan itu turut memeriksa 1,094 terminal pengangkutan darat, terminal pengangkutan air (215 terminal) dan 107 terminal pengangkutan udara.
Beliau memberitahu, menerusi Ops Sanitasi Awam di bawah kawal selia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sejak 30 Mac lalu, sebanyak 9,968 operasi sanitasi merangkumi 135 zon dilakukan.
Jelasnya, 13,008 premis telah disanitasi yang terdiri daripada 2,712 pusat perniagaan, bangunan kerajaan (5,727), kawasan perumahan termasuk PPR (1,599), tempat awam ( 2,616) dan 354 pasar raya.
"Semalam (8 September 2020), sebanyak 17 operasi sanitasi meliputi 11 zon hijau dan satu zon kuning melibatkan tujuh buah negeri termasuk Sarawak (empat operasi), Sabah dan Perlis (tiga operasi), masing-masing dua operasi di Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan manakala operasi operasi di Kedah.
Operasi sanitasi itu katanya, melibatkan 83 anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), enam anggota Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta tujuh dari agensi-agensi lain. Lapan jentera JBPM turut terlibat dalam operasi sanitasi.
Mengenai kuarantin wajib, Ismail Sabri menjelaskan sejak 24 Julai hingga 15 September lalu, 29,438 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan telah ditempatkan di 72 hotel dan lapan premis lain termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta institusi pengajian swasta di seluruh negara.
"Daripada jumlah itu, seramai 9,737 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 71 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan manakala 19,630 individu telah didiscaj dan dibenarkan pulang," ujarnya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#JBPM
#operasi
#pati
#PDRM
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#PKPP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan