awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berangkat pulang selepas akhiri lawatan khas di St Petersburg
Trump yakin AS–Korea Selatan mampu capai penyelesaian selepas ancam tarif 25 peratus
Arab Saudi tidak benarkan ruang udara, wilayah digunakan untuk serang Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

18 kenderaan musnah dalam kebakaran belukar di Johor Bahru

Bernama
Bernama
28/01/2026
00:40 MYT
18 kenderaan musnah dalam kebakaran belukar di Johor Bahru
Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada 2.37 petang dan operasi pemadaman ditamatkan 5.20 petang. - Foto JBPM
JOHOR BAHRU: Sebanyak 18 kenderaan musnah dalam satu kejadian kebakaran belukar berhampiran Masjid Al Mahabah, Taman Bukit Mewah, di sini semalam.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor memaklumkan mereka menerima panggilan kecemasan pada 1.32 tengah hari sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin digerakkan ke lokasi kejadian.
Menurut kenyataan pusat operasi itu, jentera bomba tiba di lokasi pada 1.45 petang dan mendapati kebakaran belukar seluas kira-kira 0.372 hektar telah merebak, sekali gus menyebabkan 18 kenderaan yang berada berhampiran turut terbakar.
Antara kenderaan yang terbakar dan mengalami kemusnahan kira-kira 80 peratus termasuk Hyundai Atoz, Perodua Kancil, Naza Ria, Proton Perdana, Proton Savvy, Perodua Kelisa, sebuah van serta Proton Saga FLX, selain lima lagi kenderaan yang tidak dapat dikenal pasti.
Sementara itu, beberapa kenderaan lain seperti Proton Saga, BMW E60, Proton Inspira dan Perodua Kelisa mengalami kerosakan kira-kira lima peratus.
Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada 2.37 petang dan operasi pemadaman ditamatkan 5.20 petang.
Operasi pemadaman melibatkan sembilan anggota dengan penggunaan dua unit alat pemerap api, satu aliran salur bantu mula air serta tiga aliran sepanjang 400 kaki, menggunakan sumber air daripada pam jentera dan pili bomba berhampiran.
Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran
#belukar
#Taman Bukit Mewah
#kenderaan musnah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan