MALAYSIA
18 lokasi di Kedah berpotensi banjir jika air pasang besar - APM

Sebanyak 18 lokasi di Kedah berisiko dilanda banjir jika fenomena air pasang besar bertembung dengan hujan lebat antara 7 hingga 10 Oktober. -Gambar fail/Bernama
ALOR SETAR: Sebanyak 18 lokasi di Kedah berpotensi dilanda banjir jika fenomena air pasang besar yang dijangka bermula esok hingga Jumaat ini bertembung dengan hujan lebat.
Ringkasan AI
- Sebanyak 18 lokasi di Kedah berisiko dilanda banjir jika fenomena air pasang besar bertembung dengan hujan lebat antara 7 hingga 10 Oktober.
- Dua PPS telah dibuka setakat ini dengan 164 mangsa, manakala APM Kedah bersiap sedia dengan 900 anggota dan jentera bantuan.
- Penduduk dinasihatkan berwaspada, menjaga keselamatan keluarga dan dokumen penting serta peka terhadap amaran cuaca semasa.
"Bagaimanapun, dijangkakan berlaku air pasang besar bermula esok. Jika hujan lebat, ditambah pula dengan fenomena air pasang besar, mungkin akan berlaku pertembungan dan menyebabkan banjir lebih teruk," katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan banjir di Taman Makam Diraja Langgar di sini hari ini.
Beliau berkata di Kuala Muda, kampung yang mungkin terjejas ialah Kampung Kepala Tanjung, Bukit Kechik, Tukang Jusoh, Paya, Sungai Meriam, Sungai Yu dan Tanjung Dawai.
Mohd Bukhori berkata di Kota Setar melibatkan Jeti Kuala Kedah, Jeti Nelayan Seberang Kota, Taman Sri Putra dan Taman Sri Pantai, manakala di Kubang Pasu (Kampung Kuala Kerpan, Muara Kampung Kuala Jerlun dan Muara Kampung Kuala Sanglang).
Di Yan, katanya melibatkan Kampung Kuala Raga, Kuala Sala dan Kuala Sungai Yan Kechil, manakala di Langkawi di Kampung Bakau Kelibang.
"Pada 7 Okt air pasang dijangka berlaku pada 12.45 tengah malam, 8 Okt pada 1.14 pagi, 9 Okt pada 1.45 pagi dan 10 Okt pada 2.18 pagi dengan ketinggian ombak dianggarkan hingga tiga meter. Kita harap cuaca elok sehingga banjir ini surut sepenuhnya," katanya.
Beliau berkata walaupun keadaan cuaca setakat ini dijangkakan baik, pihaknya sentiasa bersiapsiaga dengan 900 anggota bersedia untuk berkhidmat.
"Masyarakat perlu sentiasa berwaspada dengan amaran yang akan dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh pihak berkuasa selain perlu peka dengan perubahan cuaca. Pastikan keselamatan ahli keluarga, dokumen penting terjaga bagi mengelak sebarang kesulitan," katanya.
Sementara itu, Dr Mohd Zubir Mat Jafri, 64, seorang pesara yang hampir empat tahun menetap di rumah pusaka keluarganya di Taman Makam Diraja Langgar berkata semasa banjir bermula Jumaat lepas, beliau bersama ahli keluarga berada di luar kawasan dan terus bergegas pulang sebaik dimaklumkan jiran terdekat.
"Apabila saya lihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memang air sudah naik tinggi. Jadi, saya, isteri dan anak lelaki terus bergegas pulang untuk menyelamatkan barangan di dalam rumah.
"Air naik hingga paras lutut, tetapi syukur kerana di tingkat bawah rumah tidak banyak barang dan saya sempat meletakkan peti ais di tempat tinggi. Kami tidak berpindah ke PPS kerana tinggal di tingkat atas rumah dan sekarang mula menjalankan kerja pembersihan," katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami