awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

18 nelayan warga asing ditahan ceroboh perairan negara

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
19/10/2021
01:45 MYT
18 nelayan warga asing ditahan ceroboh perairan negara
Kesemua mereka yang berusia 17 hingga 55 tahun itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah. - Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Simbah minyak pelincir pada sisi bot bagi menyukarkan penguatkuasa melangkah ke atas antara tindakan licik nelayan asing yang dikesan menceroboh perairan negara.
Selain itu mereka juga turut menyamar sebagai bot tempatan bagi mengaburi mata pihak agensi penguatkuasaan Maritim Malaysia.
Timbalan Pengarah Operasi Maritim Terengganu, Komander Maritim Ariffin Ghazali berkata, bagaimanapun kesemua helah itu gagal selepas mereka berjaya diberkas pada kedudukan 60 batu nautika timur laut Kuala Terengganu, Sabtu lalu.
Katanya dalam penahanan antara jam 4 hingga 5 petang itu pihaknya turut menahan 18 nelayan asing termasuk dua tekong warga Vietnam.
Jelasnya hasil pemeriksaan lanjut ke atas kedua-dua bot yang menyamar sebagai bot tempatan itu mendapati kesemua mereka yang berusia 17 hingga 55 tahun itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.
Ariffin berkata menerusi penahanan itu pihaknya turut merampas hasil laut, 2,500 liter diesel serta peralatan menangkap ikan dengan nilai keseluruhan dianggarkan bernilai RM3 juta.
Beliau berkata pihaknya percaya kesemua mereka sudah sebulan berada di laut dengan menggunakan nombor pendaftaran palsu daripada Terengganu dan Kelantan.
Ariffin berkata, kedua-dua buah bot dibawa ke jeti maritim negeri Terengganu untuk disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/1963.
Tambahnya, sebanyak 126 buah bot nelayan Vietnam dan 1,300 ditahan sepanjang Op Kuda Laut di pantai timur sejak Jun tahun lalu.
Topic Berkaitan
#nelayan
#warga asing
#menceroboh
#Maritim Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan