awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

18 STR dalam wilayah Felda bantu generasi muda miliki rumah - Wan Rosdy

Bernama
Bernama
21/09/2023
04:36 MYT
18 STR dalam wilayah Felda bantu generasi muda miliki rumah - Wan Rosdy
Wan Rosdy berkata proses pemberimilikan tanah akan diuruskan secara berperingkat berdasarkan permohonan yang dikemukakan kepada Felda. - Gambar fail/Astro AWANI
KUANTAN: Kerajaan Pahang bersetuju mengisytiharkan 18 kawasan dalam wilayah Felda di negeri ini sebagai Skim Tanah Rakyat (STR) Generasi Baharu Felda, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Beliau berkata keputusan itu yang dipersetujui pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pahang semalam, diharap membolehkan generasi kedua Felda memiliki kediaman sendiri dengan kemudahan infrastruktur yang mencukupi.
"Skim ini membolehkan generasi baru Felda membina rumah di tanah yang akan diberi milik oleh kerajaan negeri manakala infrastruktur khususnya akses ke setiap lot akan disediakan oleh Felda," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Wan Rosdy berkata proses pemberimilikan tanah akan diuruskan secara berperingkat berdasarkan permohonan yang dikemukakan kepada Felda.
18 kawasan itu ialah 10 dalam Wilayah Mempaga di Bentong, manakala masing-masing empat di Wilayah Jengka dan Wilayah Kuantan.
STR merupakan inisiatif kerajaan Pahang yang bertujuan membantu rakyat memiliki lot tanah dan membina kediaman sendiri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Skim Tanah Rakyat
#Generasi Baharu Felda
#Wan Rosdy Wan Ismail
#Str
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan