180 dikompaun langgar SOP, ini 5 tumpuan kenyataan media Hishammuddin

Astro Awani
Ogos 10, 2021 11:30 MYT
Penamatan PKPD di 23 lokaliti, 21 daripadanya di Sabah dan selebihnya di Johor. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata 11 lokaliti di Sabah dan satu di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 12 Ogos hingga 25 Ogos 2021.
Selain itu, PKPD di lapan lokaliti yang sepatutnya tamat pada Rabu akan dilanjutkan bermula 12 Ogos hingga 25 Ogos 2021.
Berikut tumpuan utama kenyataan media Hishammuddin pada Selasa, 10 Ogos 2021:
1) PKPD di 11 lokaliti di Sabah dan satu di Pahang bermula 12 Ogos hingga 25 Ogos 2021.
2) PKPD di lapan lokaliti, enam di Sabah dan masing-masing satu di Pahang dan Kelantan yang sepatutnya tamat pada Rabu dilanjutkan bermula sehingga 25 Ogos 2021.
3) Penamatan PKPD di 23 lokaliti, 21 daripadanya di Sabah dan selebihnya di Johor.
4) 60 buah premis diarahkan tutup serta-merta kerana ingkar SOP.
5) 180 individu dikompaun kerana melanggar SOP dan 21 orang direman kerana melakukan kesalahan sama.
#Hishammuddin Hussein #Menteri Kanan Keselamatan #perintah kawalan pergerakan #PKPD #Pahang #Sabah #SOP #KKM #MKN